28 December 2009

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Siapa kah yg rugi, siapa yg untung ?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya

seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.



Siapakah orang yang manis senyuman nya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah

orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."

Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan

tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada

sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun

masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.



Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan

di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati

tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana

telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

 Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang

kenapa begini...

kehidupan ini penuh dengan pancaroba...
ujian demi ujian untuk mematangkan diri...
ku mensyukuri apa yang berlaku...
dalam mengenali diri  pasti kita tercari -cari
 betapa kerdilnya diri tanpa pertolongan Allah SWT

ya Allah mengapa aku sering kecundang
dalam menjaga hati insan kusayang
kadang terguris tanpaku sedari
mengapa begini

dalam perbualan dalam perbuatan
kadang ku tersalah langkah
berpatah balik ku tak bisa
kerna sudah ada yang terluka

maaf kupinta tiada lagi cara
aku hanya insan biasa
yang tidak pernah sempurna
namun untukmu telahku cuba sedaya upaya
untuk jadi yang terbaik

langit mana tak ditimpa hujan
laut mana yang tak bergelora
jiwa mana yang sentiasa kental
manusia mana mampu sempurna

dalam tawa lawannya tangis
dalam hidup ini segala ada lawannya
yang kuat pasti ada lemah
siang pasti malam

sayang padamu seikhlasnya
tiada siapa  melainkanmu
Ya Allah andai ku yang bersalah
hukumlah hambaMu

07 December 2009

renungan bersama...hutang oh hutang

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.





Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.




Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)


Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)




Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.






Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:


l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.



2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.




3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.


4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.



5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.




Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."



Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.




Kesan amalan berhutang.

l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.



2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.


3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.



4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.



Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."


Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."




Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.



Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."


Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)




Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.



Sumber: Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya. Terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.


Kiriman: 23 Oktober 2008

30 November 2009

Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat

MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.


Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.

Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.
Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.
Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.
Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.

“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.
Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.
Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”

Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.

Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,
“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”

Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,


“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

*Artikel asal oleh Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro)






Merenunglah dan Bersyukurlah


Sumber : Buku La Tahzan


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)



Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)


Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.



Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.


Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)







Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;


"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."


Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.


"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"


Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;


"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."


Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.



Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

17 November 2009

apa nak jadi...

kehidupan ini  memang kita sukar pahami....lagi kita mencari...lagi banyak yang tidakku megerti... hari demi hari pelbagai masalah akhlak umat islam di Malaysia ini dipaparkan dalam akhbar... dimanakah rasa malu, dimanakah rasa takut pada Allah SWT.....subhanallah kekadang rasa takut menyelubungi diri ini.... apakah nasib kita dihadapan..bagaimanakah anak2 kita...keluarga kita.... Ya Allah Kau lindungilah keluarga hambaMu ini......

pakaian remaja semakin hari semakin ketat dan singkat serta jarang..ikut trend katanya...yang bertudung pun menampakkan dada...sakit saat mata memandang....tak cukup kainkah mereka.... Ya Allah Kau selamatkanlah umat Islam di dunia...sedarkanlah mereka dari kelalaian....

bukankah kecantikan itu untuk suami....mengapa perlu dipamerkan pada khalayak atau kekasih yang belum tentu akan menjadi pasangan kita.....mengapa tiada kesedaran setelah pelbagai bencana alam melanda....



kita tak sedar segala hiburan yang ada melalaikan kita...renungkan brapa lama kita membaca Al-Quran berbanding kita membaca novel?....betapa khusyuk kita menonton wayang berbanding ceramah agama...?baru dengar sikit dah ngantuk... berapa ramai yang pergi forum perdana atau ceramah agama berbanding konsert????sangut bhujan berpanas nak tgok artis....itulah realiti umat sekarang.....

cakap bab agama sure buat xtau tapi cakap bab artis ka..lagu2 ka bukan main lagi ...huh apa nak jadi....

madu bestari telah ditukar ke nama madu mumtaz

madu bestari kini telah dibuat perubahan ke madu mumtaz...packaging yang baru...nanti saya upload gambar terkini... doakan kejayaan saya...

03 November 2009

sian dia...dah kurus hehe

Sebelum puasa....hehe comei...






ni gambar terkini...baru tangkap smalam... dah kurus dah...



inilah perubahan suamiku....makin kurus nampaknya...sian dia....hehe..apopun adik tetap cayang abang tau....

thanks hubby



syukur alhamdulillah aku dikurniakan oleh Allah SWT suami yang amat penyayang seperti mu....
perkahwinan kita sudahpun setahun lebih tapi makin hari sayang mu padaku sentiasa bertambah...
sebagai isteri semestinya aku inginkan punyai cahaya mata..namun mungkin Allah SWT belum mengizinkan...
nasihatmu padaku sewaktu breakfast harini

 " anak itu bukan kita boleh miliki begitu sahaja...cuba pikirkan...seorang anak berusia 8 tahun meminta pada ayahnya RM 200 adakah si ayah nak beri?tentunya si ayah tak bagi...kerana si ayah tahu si anak tak tahu urus duit yg banyak...dan diberi hanya rm10..tapi jika anak tu berusia 14 tahun meminta duit itu untuk membeli buku pasti si ayah beri...kerana si ayah tahu si anak mampu urus duit sebanyak tuh....

begitulah dengan adik...Allah SWT lebih mengetahui kemampuan adik dan apa yang terbaik untuk adik...InsyaAllah sampai masanya adik akan memiliki anak sendiri...anggaplah anak2 abg tu anak sendiri sekurangnya adik tidaklah sunyi.........

terima kasih abang kerana beri adik kebahagiaan..YaAllah syukurku padaMu tidak terhingga...

29 October 2009

Makanan berkhasiat untuk minda...HARGA PROMOSI RM25 SHJ...JIKA TIDAK RM40 HARGA PASARAN



Kami merupakan pengeluar dan pengedar produk Madu Bistari, makanan kesihatan berasaskan madu yang disinergikan dengan 9 jenis herba dan makanan terbaik yang disebut didalam AlQuran dan sunnah Nabi S.A.W.
Pengenalan

Madu Bestari merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang di adun berasaskan pemakanan sunnah yang disebut di dalam AlQuran dan hadith yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak. Madu Bestari juga dapat membantu mengurangkan stress atau tekanan.

Diantara khasiat tambahan madu bestari:
  • Untuk meningkatkan IQ pelajar;
  • Meningkatkan daya ingatan untuk orang berumur dan pelupa;
  • Untuk meningkatkan kecerdasan otak dan kecergasan badan;
  • Meningkatkan sistem antibodi
  • Melegakan batuk dan lelah. Amat baik untuk penghidap asma;
  • Mengatasi masalah keletihan dan mengantuk;
  • Meningkatkan tenaga dan menambah selera makan;
  • Menambahkan vitamin, mineral dan zat-zat makanan yang diperlukan badan
  • Selain itu, Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapat melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia
RAMUAN UTAMA PRODUK MADU BESTARI

Madu Lebah (Honey) 
Badam (Almond) 
Habbatus Sauda’ (Black Seed) 
Kacang Adas (Lentil) 
Kurma (Dates) 
Tin (Figs) 
Kismis (Raisins) 
Zaa’faran (Saffron) 
Halia (Ginger)
PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI MADU BESTARI

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.


Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:
35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

Jintan Hitam Cegah H1N1

Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1).


Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.


Akhbar Al-Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.


Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah. - Agensi


sumber: Utusan Malaysia 14 Ogos 2008

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).


Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.


5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.


Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"


6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

 dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"


8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.


Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "


9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi. Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.


1. Kami memerlukan pengedar untuk memasarkan produk ini.
2. Kami juga menyediakan perkhidmatan Pengilangan Kontrak untuk beberapa jenis produk berkaitan madu seperti Madu Bistari, Madu Habbatussauda' dan beberapa jenis lagi kepada syarikat-syarikat yang berhasrat untuk membuat pengedaran dengan jenama mereka sendiri.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan saya:
Jabbar International & Pusat Rawatan Ar-Rafiq


Jafri Abu Bakar                        @    siti hajar bt mohamad asri
013-4445666                                  019-5411045
email: jafri_ab@yahoo.com              email : srikandi_sjati84@yahoo.com

Posted by Jafri Abu Bakar Mahmood

syukur...syukur...Ya Allah...

sejak kelahiran mus'ab Umair B.Jafri (lahir 30 Syawal 1430h) hatiku rasa begitu girang...Doaku sentiasa agar Allah permudahkanku untuk memiliki zuriatku sendiri... sronok je tengok bila ada baby... kalau sunyi sangat aku akan pulang ke kampung main dengan anak saudaraku Muhammad Mifzal Syazwi (lahir 1 ramadhan 1430h)...taksangka pembuka ramadhan kumemperoleh anak saudara pertama...penutup syawal kumemperolehi anak pulak (walau bukan anak sendiri ...aku tak pernah anggap umair anak tiri)...

Ya Allah Kau lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaMu ini...

Alhamdulillah Audit da selesai

syukur Alhamdulillah...selesai juga akhirnya Audit...huhu Audit SIRIM.. Alhamdulillah tak kena NCR...
tak lena aku memikirkan audit hehe...syukur semua dokumen cukup...
lega sangat rasa...makan pun dah berselera kik kik..... Thanks Ya Allah...

20 October 2009

anak ummi yang kelima telah lahir...sayang mush'ab umayr

Monday, October 19, 2009
Kelahiran anak ke-5


Alhamdulillah hari ini 19 Okt 2009, jam 3.25 ptg seorang lagi Mujahid Islam telah selamat dilahirkan.
Nama sahabat Rasulullah, pemuda hebat yang meninggalkan harta kekayaan demi cintanya kepada Agama, duta Islam pertama ke Madinah dan pemegang panji & syuhada Uhud, Mush'ab Umayr menjadi pilihan.
Semoga akan menjadi seorang yang berbakti kepada Islam disuatu hari nanti, Amin!!



Bergambar (kak ija n hubby) sebelum masuk dewan bersalin





Dipangkuan Ummi Siti (aku). hmm nyenyak tidur..happy kurasa..ada talent tak jadi ummi.

16 October 2009

al-jannatu nyanyian komposer paklong

14 October 2009

pesanan buat suamiku yang tercinta...

penghijrahanmu InsyaAllah akan membawa seribu erti dalam keluarga kita
biarlah apa orang kata janji kita sekeluarga sentiasa bersama
semoga cita-citamu Allah permudahkan
Syukurlah pada Allah SWT

mungkin apa yang berlaku agak mengecewakanmu
wajahmu cukup mengambarkan apa tersirat dihatimu sayang
tapi isterimu ini mengerti niat murnimu
janganlah kita menoleh lagi atas apa yang berlaku

kita bina hidup baru ditempat baru,
walau suasananya agak berbeza dari sebelumnya
walau apa jua yang mendatang
kita kini lebih bahagia...

Allah SWT telah beri ruang untukmu
gunalah peluang ini sebaik mungkin ..buktikan pada semua
perjuanganmu tiada noktahnya
matlamat hanya REdho Allah SWT dan syurga firdausi

isterimu sentiasa disisi
bersama berjuang
semoga Allah SWT merahmati
kehidupan dunia ini tiada abadi...

AYAT-AYAT POWER TOK GURU




 


”Adakah Tuhan berbuat zalim kepada manusia? Jawabnya tidak! Kerana apa? Kerana Dia tidak ada kepentingan diri. Dia tidak berkehendakkan material. Apabila Tuhan tidak ada kepentingan terhadap manusia, apabila manusia berbuat zalim Dia akan menjatuhkan hukuman setimpal dengan kezalimannya”




”Dalam bahasa Arab, melalui sastera Arab perkataan قدير dipanggil sifat musyabahah dan perkataannya sebagai isim fa'il[1]. Allah SWT tidak menggunakan bentuk isim fa’il sebaliknya Dia menggunakan sifat musyabahhah kerana sifat musyabahhah memberi makna berkekalan dan berterusan”


[1] Isim fa’il ialah perkataan sifat kepada orang yang membuat seperti: yang makan, yang berkuasa. Sifat musyabahhah ialah perkataan yang mempunyai makna yang serupa dengan isim fa’il tetapi tidak sama daripada susunan hurufnya.


Dicatat oleh INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ

bau syurga

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;



Maksudnya: Siapa yang mempelajari suatu ilmu agama yang seharusnya ditujukan kepada Allah, tiba-tiba ia tidak mempelajari itu untuk Allah hanya untuk mendapat kedudukan atau kekayaan dunia, maka tidak akan mendapat baunya syurga pada Hari Kiamat.[1]




Sedangkan bau syurga ini dapat dihidu dari jarak- 40 tahun perjalanan; dengan bau tehnya, dengan bau sirapnya. Serupa kita pergi ke tempat kenduri atau masuk restoran, dari jauh sudah terbau masakan. Satu daripada kelebihan syurga ialah ahlinya sudah boleh mengecap kelazatan baunya dari jarak 40 tahun lagi. Jadi orang ini usahkan boleh masuk syurga, menghidu bau pun tidak boleh. Inilah orang yang sudah betul-betul sial di muka dunia iaitu orang yang berbohong dengan Allah taala.




[1] Dari Abu Hurairah, hadis riwayat Abu Dawud.


Dicatat oleh INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ

Iman Semut ..iman manusia

Iman Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.


Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??



Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"


Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

kembali mnulis

lama rasanya aku tidak menulis blog... sibuk bebenor kojer banyak.... sejak dua menjak nih cuaca tak menentu hujan dan panas silih berganti... bencana alam di sana sini....
sedih dan sayu saat melihat tangisan anak2 kecil dan magsa gempa bumi di Padang Indonesia....

dunia kita semakin tua...kiamat semakin hampir...tapi manusia semakin hanyut dibuai angan-angan ,kesenangan dunia, keindahan dunia yang hanya sementara...

rasa takut sering menyelubungi hatiku...masih banyak yang perlu aku pelajari... kalau ditanya pada umat zaman sekarang tentang persoalan ilmu dunia dan akhirat... rasanya tentang akhirat dan jua ilmu agama pasti ramai yang tidak tahu... bagaimana harus semua ini di atasi...?? marilah sama- sama kita pikirkan

27 September 2009

Tip mudah rumah tangga bahagia

Oleh: Ahmad Baei Jaafar
Bagi merealisasikan kehidupan rumah tangga mengikut kehendak Allah disenaraikan di sini beberapa tip yang boleh dipraktikkan.


1. Niat suami hendak berkahwin mesti jelas iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin dapat secara halal melainkan dengan kahwin. Suami berkahwin bukan supaya dilayan makan dan minum, bukan untuk mudah disediakan pakaian, membasuh pakaian, dan bukan juga untuk dijadikan teman shopping. Semua itu boleh dilakukan walaupun lelaki itu hidup membujang. Tetapi yang diperlukan ialah keharusan menyentuh kulit wanita.



2. Niat isteri hendak berkahwin kerana untuk mendapat pembelaan seseorang lelaki yang bergelar suami. Dengan niat itu dia akan dibela oleh suami, dan suami akan membelanya sehingga ke akhir hayat.



3. Suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isterinya dalam semua keadaan. Ini mendorong dia bekerja untuk membolehkan dia mendapat rezeki yang halal. Walaupun isteri orang kaya, dia akan bekerja tungkus lumus untuk isterinya.

4. Isteri memastikan dia akan berada di sisi suaminya pada waktu tidur malam walaupun dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana suami mahu bermanja dengan isteri dan mengharapkan dia dimanjakan. Jika perkara ini boleh dilakukan sehingga salah seorang meninggal dunia pasti terbentuk keluarga bahagia.

5. Pasangan suami isteri hendaklah saling bersangka baik dan member kepercayaan dalam apa yang diamanahkan.

6. Suami wajib mentaati ibu bapanya, dan menghormati ibu bapa mentua. Sebaliknya isteri perlu menghormati ibu bapanya dan ibu bapa mentuanya. Dengan sikap ini, tidak akan memberi peluang kepada mentua suka salahkan menantu.

7. Anak-anak suami perlu diambil perhatian oleh isteri (apatah lagi ibu anak itu sendiri), mereka perlu dilatih adab dan sopan bagaimana menghormati orang tua dan sebagainya. Anak-anak itu perlu diingatkan supaya mentaati ibu dan bapa.

8. Suami atau bapa anak-anak itu perlu sesekali mendidik dengan penuh kasih sayang.



Percayalah kalau semua umat Islam boleh membentuk rumah tangga berdasarkan panduan di atas, kebahagiaan mereka pasti berpanjangan. Bukan sekadar hingga ke anak cucu tetapi hingga ke dalam syurga.



Selain itu bagi mereka yang berpoligami, ada tip tambahan untuk mereka, antaranya:



1. Suami mesti berterus terang dengan isteri.

2. Suami jangan membiasakan berbohong isteri sama ada tua atau muda.

3. Suami mesti bersikap adil terhadap isteri

4. Isteri wajib menghormati suami dan memberi kepercayaan kepadanya.

5. Isteri tidak boleh mengongkong suami sehingga suami tidak boleh bersikap adil kepada isteri-isterinya.

6. Isteri semasa ketiadaan suami di rumah perlu berdoa kebaikan dan keselamatan suami.



Semua paparan ini adalah hasil kajian dan pengalaman mereka yang berpoligami.


Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah




24 September 2009

memori di aildilfitri..raya KEempat..Pindah rumah

harini aku pindah dr Ambangan Height Sg Petani ke Taman Ilmu , Nibong tebal..
memang sedih rasanya meninggalkan rumah yg memberi banyak kenangan...aku masuk rumah ni raya Aidilfitri ketiga tahun 2008...aku tinggalkan rumah ni raya Aidilfitri keempat tahun 2009...





                 
memori ,zon mawar  ambangan height

jam 10 pagi ayahku tiba di ambangan height untuk mengangkat barang- barangku ke dalam lori
kami selesai mgangkut brg dalam12 tgah hari...dan tiba di taman ilmu jam 1.30petang..
masa untuk memunggah barang..fuh penuh satu lori tu barang....sakit pinggang semua yang angkut barang...



 rumah taman ilmu


hubby tercinta angkat kotak...


aku dan adikku rasul nak angkat sofa..kat blakang tu abah

hingga harini masih belum selesai aku mengemas barang tak tau nak sumbat mana lagi huhu banyak tul barang2 aku....
  thank you hubby kerna memahami....kesian kat isteri duk travel .... bkhidmat untuk isteri katanya....


memori di aildilfitri..raya KETIGa

raya ketiga


harini planning nak pergi malim nawar ...nani bucuk kawin dengan jat...hehe..asalnya nak gerak awal pagi tapi bila lihat semua keletihan aku biorla mereka tidur dulu...asalnya nak gerak 10.30 pagi sudahnya 12.30 tengahari baru kami gerak tu pun makan roti canai ja...mujurlah jalan tak jem sangat...aku bergilir-gilir memandu dengan hubby...

apa-apapun kami sekeluarga selamat sampai ke kenduri nani...fuh berseri pengantin...tgok kat sebelah kanan........puan ariani n aizat....seri pengantin tuh...apopun lauk memang sedap...nani mana kek yang dijanjikan huhuhu.......aku yang masih berpantang ni banyak makanan yang tak dapat dijamah...apopun aku gembira kerna dapat pergi kenduri kawan baikku nani....semoga perkahwinan  nani dan jat kekal di dunia dan akhirat....


bergambar dengan pengantin perempuan...syarafina ariani...

memori di aildilfitri..raya pertama & kedua

inilah kali pertama aku beraya bersama suami dan kuarga di hari raya pertama.. selesai je solat sunat hari raya di surau andalusia, laguna merbok ...kami bergerak pulang ke rumah...sesi bermaafan bermula ...perjalanan kami masih jauh coz lepas nih nak balik perlis umah mak mertuaku.... nak copat punya pasal sampai terlupo nak berposing....
di Perlis sampai ja tgok mak tak da kat umah so kitaorang pi umah wa ...hemmm sedap dijamu laksa...aku taktau yang aku xboleh makan laksa...da separuh laksa aku telan baru hubby tegur " org berpantang mana bole makan laksa" huhu....lomang den tak bole makan...ketupat pun tak bole makan ....raya jadi kurang sempurna kalau tak makan semua nih...dah makan nak gerak ke rumah saudaramara yang lain...sesi bersalaman dengan wa...wa bagi aku duit raya singgit..."wa siti dah besorla bukan budak kecik..." aku amik jugala duit singgit tuh....sian kak ija xdapat ....
hubby bagi duit raya RM100 waa syoknya...yeye...seterusnya kami gi beraya umah pakcik hassan, umah abg din, umah maklang dan pakngah kak ija...sempat berehat seketika di rumah mertua...sedap makan nasi tomato kak milah masak...marvelous....
Petang ke kubur ziarah pusara ayahanda dan kemudiannya ke Bukit Tembaga pula, ziarah Abg Hamidi. Hampir tengah malam baru sampai balik ke rumah di Sungai Petani..sian hubby drive sorang bini2 ni dah hanyut di buai mimpi...

raya kedua



pakaian kami sudah tidak sedondon lagi ...warna warni Malaysia

hari raya kedua seperti dirancang akan pulang ke kampung halamanku di bagan serai perak.yaHOOO..sebelum tiba di bagan serai kami pergi beraya terlebih dahulu ke rumah TN Hj Ismail ...bos hubby.... lepas tuh pergi beraya di rumah bakal bos hubby ku jua(ustaz Mutalib) ....almaklumla hubby nk tukor kerjaya...nak menguruskan hotel An-Nahdhoh dan menjaga maahad tahfiz...syukur Alhamdulillah...
setibanya di bagan serai saat ku nantikan nak jumpa mak ayah dan adik2...bukan main seronok anak2 ku melawat kebun pakngahnya....anak laki yang 2 orang tu pulok dapat meronda ngan tokwannya naik motor kombat...(teringat cerita bujang sepah)

waaa tersengeh sakan anak-anak umi nih (luqman & bashir)...


dua serikandi(aishah & najwahani) posing kat ban depan umah tokwan mereka

kami bergerak ke rumah nenekku di simpang 4 semanggol huh raya sakan kami nih...lotih toksah katala...

dapatla anak2 ku mengenali moyang mereka....maklong, maknjang, makcik smua ada ...kecoh tak terkata gamat nya umah nenek....
selepas maghrib kami bergerak pulang ke taman ilmu (rumah sewaku di Nibong Tebal) sempadan parit buntor je...sampai jer nampak bantal telah memanggil ni kes mgantuk sangat nih...apopun perjalanan kami memang jauh dan meletihkan tapi menggembirakan... sian hubby kaki sampai cekang...berkhidmat untuk family.... I LOVE YOU HUBBY...MUAHHHH


hari jadiku...dah 25 tahun da....

pada 18/9/2009 genaplah umurku 25 tahun...aku perolehi 3 sms dari insan tersayang

suamiku..." selamat hari lahir untuk isteri abg.semoga hari2 yang mendatang meningkatkan ketaqwaan kepadaNya & menjadi insan yg terbaik disisiNya.Juga menjadi wanita solehah...

adikku ani...selamat menyambut hari lahir ke 25. moga panjang umur dan drahmati Allah SWT

adikku ada....happy birthday moga panjang umur....

18/9/2009 jumaat cutiku telah bermula...aku kerja separuh hari ja kerna tidak mahu terkandas di lebuh raya..........
jam 12 tengahari perjalanan ku bermula setiba di tol juru seperti dijangkakan jem tapi takpa adatla musim perayaan...birthday girl kenalah bersabar..

setiba di kedah aku terus gi umah kak ija...kepulanganku disambut oleh anak2 tercinta... walau sakit pinggang akibat keguguran terubat jua bila melihat anak2...
hubby gi solat jumaat dgn luqman...baru bersandar..najwa dah minta aku tolong ajarkan matematik hik hik jadi cikgu la kejap...

sempena hari jadiku hubby belanja kami berbuka posa dengan RFC untuk dapat keselesaan kami bungkus makan kat rumah....emmm yummy...selesai jer solat maghrib...anak2 suruh aku tutup mata sedangkan aku duk menyapu sampah nih...apola pulak bebudak ni nk buat...

jeng ...jeng...."selamat hari jadi umi....wahhhhhh aku terima jambangan bunga dari anak2...huh bunga fresh tuh..touching2....terima kasih anak2 umi...

16 September 2009

suamiku...maafkan ku

sememangnya aku degil bab makan ubat....bila dah sakit baru rasa menyesal....itulah aku...kalau orang sakit aku amik berat tapi bila sendiri aku buat tak tahu....

inilah aku ...suamiku dah banyak kali menegurku...memang aku tak tahu kenapa aku malas sangat jaga ksihatan....aku lbih suka buat tak tau pasal diri akunih....kini aku sedar itu semua salahku....maafkanku suamiku...

adik akan berubah...tolonglah percaya.............

jumpa doktor

jam 2.00petang aku gi jumpa doktor ....punyala pedih perut n sakit pinggang maklumla penyakit smua perempuan setiap bulan.....hati mulanya berdebar harap2 takdela sakit yang merbahaya(bukan ape penah ada cyst tu gi check).....

aku nyatakan pada doktor yang perjalanan period ku tak teratur....katanya itu perkara biasa pada orang pompuan....perubahan hormon...aku diberi ubat evening primerose oil.... pastu katanya aku kurang vitamin dan kalsium....hua kna banyak minum susu n makan buah gini....

then pesanannya padaku jangan terlalu berfikir nak anak...buat tak tau jer...kata doktor lepas akhir period hari pertama habis period hingga kesepuluh itulah time subur.....tak kirala period kita teratur atau tak...

betoi gak kata doktor tuh tapi pompuan mana yg dah kawin tak pikir nak anak...tambah jika orang duk tanya...tensen aku nk menjawab....tak paham2 ke blum rezki den....

15 September 2009

Buang ibu di Aidilfitri

Buang ibu di Aidilfitri
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.


Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.


Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

TERGAMAK BETUL SI ANAK BUAT BEGITU PADA IBUNYA....

13 September 2009

persiapan raya....

kulihat orang ramai begitu sibuk membuat persiapan raya...tapi bagiku...tiada apa yg kulakukan...rasanya takde pun mood raya pada diriku ini....hatiku sayup memikirkan Ramadhan yang bakal meninggalkan ku

adakah kanku temui ramadhan di tahun hadapan....Ya Allah ramadhan kali ini begitu bermakna bagiku....rasanya begitu banyak amalan yang belumku laksanakan.......
Ya Allah..hambaMu begitu jahil bab agama...makin banyak kupelajari makin banyak kurasakan kutidak ketahui....

Ya Allah Kau berilah petunjuk kepadaku,berikanku kekuatan, berikan ketabahan dalam menempuhi segalanya....Ya Allah hambaMu yang kekurangan ini perlukan pertolonganMu...bantulah hambaMu mengikhlaskan hidupku, dan sabar serta berjuang ke jalanMu yaAllaH........

09 September 2009

RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t. akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w. tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w. hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi Nabi Muhammad s.a.w. harus bersabar. Kali ini Nabi Muhammad s.a.w. menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah s.a.w.diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w. hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, Rasulullah s.a.w. ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam Baginda s.a.w. tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah s.a.w. dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah s.a.w. mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah s.a.w.kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. itu penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w.. Kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah s.w.t.." Betapa bahagianya Rasulullah s.a.w. mendengar pernyataan itu. Rasulullah s.a.w. sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Rasulullah s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah s.w.t. telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

08 September 2009

iktibar...

awal pagi ni aku bermimpi...di tepi pantai ombak begitu kuat hingga menarik ku ketengah..ku terus cuba naik ke daratan...begitu tinggi ombak yang datang...setelah sampai ditepi pantaiku lihat ribut pasir pula...aku dan smua orang di tepi pantai lari...tiada tempat yang selamat....bangunan pun bergegar bagai nak runtuh....begitu dahsyat keadaan yang berlaku...

apabila terjaga...Ya Allah syukurku hanya bermimpi...apa yang ingin kukatakan bukan pasal mimpi cuma pengajaran dari mimpi itu...

yang dunia ini tidak kekal...janganlah sesekali kita dilekakan oleh hal- hal dunia...
sesungguhnya dunia ini penuh keseronokan yang melalaikan....Ya Allah andai aku terleka...Kau berilah peringatan...Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan ku dengan iman, matikan ku dalam iman, serta masukkan ku ke dalam syurga bersama-sama iman...


kepada suami, keluarga, sahabat-sahabat...maafkan ku andai ada salah dan silap yang kulakukan....sesungguhnya aku hanyalah insan biasa....

Hati perlu seronok sambut Ramadan

JIKA sebelum ketibaan Ramadan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadan, tetapi suka atau tidak sudah dua minggu kita melalui bulan yang mulia ini.

Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan.


Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi me ngumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian.

Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu.

Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.”

Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ra madan seperti peluang terakhir.

Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik ke datangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang.’

Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka.

Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa.

Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip me nyambut Ramadan.

1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ni.’
Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Pencipta hati iaitu Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri.



2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita per siapan amalan.

Ziarah kubur sebenarnya hendak tolong diri kita, bukan sahaja si mati.

Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa.

Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang berbulan Ramadan kali ini.



3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata se mangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna bulan berkat ini.

Dalam sunnah pun Nabi s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis riwayat Ahmad)



4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Mu hammmad s.a.w dan kalangan sahabat serta salfussalih serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.



5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersung guh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat.

Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.

Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru; pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya.

Kepada orang tua, isteri, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim.

Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.



6. Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa me merlukan kekuatan fizikal.

Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun ber puasa.



7. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t me manjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.

Template by:
Free Blog Templates