31 March 2009

jangan tangguh



dalam kehidupan ni semua orang tak lepas dari melakukan dosa,begitu jua dengan diriku..kita sering alpa akan dunia...yang penuh warna warni keindahan yang hanya berdusta...

kita sememangnya insan biasa...Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita akal dan fikiran untuk kita berfikir...kita seharusnya memperbaiki segala kesilapan dan segera bertaubat...

kadangkala aku bertanya pada diriku...apa erti hidupku?apa yang harus aku lakukan...aku sendiri kurang masa untuk beribadah...bekalan ku hanya sedikit cuma belum tentu sama seperti sebutir pasir.............

masa begitu pantas berlalu...pergi kerja balik kerja rehat esok pergi kerja balik...begitulah rutinku seharian...masa habis begitu sahaja...entah apa pengisian yg ada.....

aku rindu pada kuliah...aku rindu pada tazkirah, usrah,...Ya Allah Kau permudahkan perjalananku ke jalanMu...Kau bantulah hambaMu ini dekatkan diri padaMu...

30 March 2009

kuasai diri....



kita kena berusaha untuk menguasai diri ini...kita kena jaga segala perwatakan dan juga hati...bukan mudah nak didik hati nih...

"......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah S.W.T melainkan kaum yang kafir-Surah Yusuf-ayat 12.”

hati ni kita kena jaga semai ia dengan zikir...cuba ajar hati ni jangan berprasangka..

alam barzakh dan padang mahsyar

Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh

- Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia

- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
- Hidup sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur

- Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :

“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”

5. Alam Mahsyar

- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
- Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Dimana kamu tinggalkan umatku”

# Didalam Surah Al-Waaqi’ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2. Abraar (Baik-kebaikwan) ; iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)

3. Fujjaar (Jahat-jahawan) ; iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial) .

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:

1. Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar

Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan merek yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).

7 golongan :

1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata “Aku takut pada Allah”
6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan). Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”.. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat

· Soal Jawab
· Membaca catatan amalan
· Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.

“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mrk yg beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;

polycystic ovary syndrome

Ahad, 14 September 2008
Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.


Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.



Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’



Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?



1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.



Bagaimana Ia terjadi



Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.



Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.



Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.

29 March 2009

jom naik kapal terbang

emmm macam mimpi jer aritu...26/3/2009 aku amik cuti nak ikut hubby gi kl.....dalam kpala dah planning nak ganti ganti drive sebab sian kt hubby nk drive dr sg petani gi kl jauh tuh...bila hubby cakap nk naik flight...rasa nk melompat jer hehe first time naik flight ngan hubby...sblum ni pernah gak naik flight g jakarta tapi tu tahun 2007...

kami naik flight firefly jam 2.40petang dr airport bayan lepas...menarik gak firefly nih warna oren putih gitu...cantik cantik...dalam dia okla takla besar...hehe..dalam perjalanan di atas udara haha tengah aku duk intai intai awan n pemandangan yang indah...dah setengah jam tuh pilot bagi pengumuman kapal terbang kna patah balik sebab cuaca hujan di airport subang.......

tak pasal2 patah balik airport bayan lepas ....lebih kurang 20 minit kami terbang balik masatu dah jam 4.00 petang ....sampai airport subang jam 5.00 petang...memang rasa rileks jer aritu yerla naik kapal terbang pilot bawa...pastu naik teksi drebar bawa....gi hotel depalma ampang...

seat kat kapal terbang no.9 nombor bilik hotel pulak 1109...9 angka bertuah nih...thanks abg hehe bahgia rasanya...

27/3/2009 kami kena pulang ke sg petani sbb hubby ada ceramah utk budak uitm shah alam...so pulang naik flight 10 pagi...dalam flight aku duk main game sudoku tak sedar sekejap je dah sampai...

lunch kat tepi sungai makan bawal goreng sedapnya....abg nk pogi lagi...sweet memories ngan abg tuh...muahmuahmuah

manhiyat

Manhiyat (meninggalkan dosa)

* Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa-dosa. Ia lambang kekukuhan iman. "Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang paling kuat beribadah." (Hadis - Abu Ya'la) Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama. Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama. Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah." Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan larangannya. Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang berpuasa tetapi masih bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam perjalanan ke kasino untuk memuaskan nafsu. Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat. Sentiasa memegang tasbih untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang kepada orang lain. Orang yang mantap kefahamannya
tentang agama mengetahui bahawa meninggalkan kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil, teramat penting dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat." Berkata Imam Sufyan at-Thauri: "Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati Allah, perbuatannya adalah seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang bernajis dengan menggunakan air kencing." *

23 March 2009

Pesan Nabi Sebelum Tidur

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
==============================================================================
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
==============================================================================

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allahumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirullahhal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanallah Walhamdulillaahi walaailaaha
illallahu allahu akbar(3 x )

6 perkara yg Allah SWT sembunyikan

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,
setiap dia mengembangkan dua sayapnya
dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

aku hanyalah...

aku hanyalah insan menumpang atas dunia....
aku mencari sinar keredhaanNya...
kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita..
aku dengan caraku yang sederhana...

engkau dan juga aku saling perlukan ...
oh cinta yang suci semaikan ikatan yang tulus dihati
demi masa depan..

22 March 2009

KITA HANYA MAMPU MERANCANG

Dalam hidup ini berbagai perkara yang kita impikan namun bukan semuanya kita perolehi...aku jua mempunyai impian seperti insan lain...kadangkala kurasa sedih,kecewa..dan berbagai rasa duka bertandang untuk menguji samada aku redho atau tidak akan ujian dr Allah SWT...

aku kadangkala cuba memyembunyikan kesedihan dan kedukaan..tapi bila sujud padaMu Ya Allah air mata ini tak dapat ku tahan lagi...Kau berikanlah daku kekuatan dalam menempuh hidup ini...

andai kutahu akan tiba masa ku...izinkan aku...bertaubat padaMu.dan terimalah taubat hambaMu yg hina ini..

18 March 2009

seruan Mekah...



bila lihat jer gambar ni teringin sangat rasanya aku nak pergi Mekah...
dah lama aku impikan untuk ke sana...tapi tak tau bilakah dapat aku gi sana...
sejuk je hati bila memandang kaabah...tenang ku rasakan...
kini aku tengah mgumpul duit untuk ke sana...Insyaallah jika ada rezeki sampailah ku disana...

hehe orang yang ada dalam gambar tu suamiku yang tercinta...
tgok muka dia pun hati bertambah tenang....Ya Allah Kau murahkanlah rezekiKu dan Kau permudahkanlah bagiku untuk ke tanah suci Mu...aminnn...

Mekah i'll be there..............

untuk renungan bersama



artikel ni aku copy dari blog suami ku yang tercinta...
InsyaAllah aku akan jadikan artikel ini sebagai panduan hidup

Fatimah Az-zahraa dan gilingan gandum

Suatu hari, masuklah Rasulullah SAW menemui putrinya Fatimah. Didapati putrinya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggiling tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah bertanya padanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah, semoga Allah tidak menyebabkan matamu menangis”. Fatimah berkata “Ayahanda, menggiling dan urusan-urusan rumahtanggalah yang mnyebabkan anakanda menangis”. Lalu duduklah Rasulullah disisi putrinya.

Fatimah melanjutkan perkataannya. “Ayahanda, sudikah kiranya ayahanda meminta ‘Ali mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong menggiling gandum dan menerjakan pekerjaan-pekerjaan dirumah?” Mendengar perkataan putrinya, maka bangunlah Rasulullah mendekatai penggiling itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya didalam penggiling itu seraya diucapkannya ‘Bismillahirrohmanirrohim”. Penggiling tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah. Rasulullah SAW meletakkan syair kedalam penggiling itu dengan tangannya sedangkan penggiling itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digiling.

Rasulullah SAW berkata kepada penggiling tersebut, “Berhentilah berputar dengan izin Allah”, maka penggiling itu berhenti berputar. Lalu penggiling itu berkata-kata dengan izin Allah yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Katanya dalam bahasa arab yang fasih, “Ya Rasulullah, Demi Allah Tuhan yang telah menjadikan Baginda dengan kebenaran sebagai nabi dan rasul-Nya, kalaulah Baginda menyuruh hamba menggiling syair dari masyrik dan maghrib pun nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah suatu ayat yang berbunyi, ertinya, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan. Maka hamba takut ya Rasulullahkelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka”.
Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggiling itu, “Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah didalam syurga”. Maka bergembiralah penggiling batu tersebut mendengar berita itukemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada putrinya,”Jika Allah menghendaki wahai Fatimah nescaya penggiling itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah menghendaki dituliskanNya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan olehNya beberapa kesalahanmu dan diangkatNya untukmu beberapa darjat. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang member makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetanggganya maka Allah akan menghalanginya dari meminum air telaga kauthar pada hari Qiamat”.

“Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu, semua adalah keredhoan suami terhadap isterinya. Jika suami mu tidak redho denganmu, tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa redho suami itu daripada Allah dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah?”

“Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkan dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan Allah akan mengurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari Qiamat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau mengemas rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), “teruskanlah amalmu maka Allah telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah akan memberinyanya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah akan meringankan sakaratulmautnya dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah akan menyelamatkan dari api neraka dan selamatlah ia melintas diatas titian sirat”.

Petikan dari Mingguan Wasilah 1-7 Mac 09.

misi menyelamat

setelah penat melawat tapak projek sekolah aku dan nazlah pun nk balikla opis..dalam perjalanan cuak aku dibuatnya apabila kemalangan berlaku dihadapan mata ...dua motor bertembung.maklumlah cuaca panas terik mungkin pakcik tu xnampak motor kat depan...lagipun dah tua pakcik tuh....berdarah dan luka boleh tahan gak...

nazlah n aku bawa makcik n pakcik-pakxcik tuh gi wad kecemasan hospital parit buntar...sian rasa...itulah misi menyelamat aku dan nazlah...

17 March 2009

seminggu tanpamu...



16/3/2009-23/3/2009....saat yang tak dapat kugambarkan tanpamu disisi...setiap saat kumenghitung...mengapa terlalu lambat masa berlalu....huahua terlalu lama bagiku

apakan daya aku terpaksa bekerja dan tidak dapat mengikutimu..kenapa masa untuk kita berdua terlalu singkat...jarak memisahkan kita...kerjaya memisahkan kita...negeri juga memisahkan kita...

kesibukanmu membuatkanku selalu menunggu panggilan darimu...ku tahu kau lakukan semua untuk keluarga tercinta...hanya gambarmu menemani ku...tiada lagi ceramah ilmu seperti dulu ...tiada lagi gprs darimu...kurindu semua itu...sayang...adakah saat saat seperti dulu masih ada buatku...

ku ingin kau tahu kurindu semua itu...kuharap nanti bos bagi abg cuti...sian tengok abg letih travel

16 March 2009

TAHUKAH KITA...SEDARKAH KITA..



Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan...semua diantara kita mengimpikan suami atau isteri yang soleh...tapi tahukah kita...atau sedarkah tentang diri kita sendiri...adakah kita tergolong dalam orang yang soleh..???

semua impikan yang indah belaka...kita seharusnya memastikan diri sendiri ...cukupkah ilmu kita?amalan kita?ibadat kita?...kita sendiri masih banyak kekurangan..oleh itu janganlah kita merasakan segalanya sudah cukup...kita perlu terus berusaha dan mencari ilmu....menambah ibadat...selalulah muhasabah diri...bersyukurlah dengan apo yang ada...

kehidupan didunia ini hanya satu persinggahan ...janganlah kita melebihkan dunia hingga lupa akan akhirat...memang segalanya dalam hidup ini kita perlukan duit...tapi semua rezeki tu datangnya dari Allah SWT..

tahukah kita atau sedarkah kita ORANG SEKARANG YANG MUDA MUDI BANYAK MENUMPUKAN PADA HAL DUNIA...jika kita lihat di majlis ilmu atau masjid hanya yang tua memenuhi...manakah perginya orang muda....

jika kita ingin pasangan yg baik kita knalah jadi orang baik juga...kenalah bermula dari diri sendiri...carilah ruang masa untuk agama...hiasilah hidup dengan perkara perkara bermanfaat...carilah masa untuk kuarga, anak2, serta majlis ilmu...sama samalah kita berusaha...

15 March 2009

biarlah ia berlalu...



biarkanlah segala yg silam berlalu...biarlah semalam tiggal kenangan...air mata jangan dibuang untuk menangisi kepahitan hidup...tangisilah segala dosa..adakah dosa dosa ini akan terampun...adakah ruang untuk kita cium bauan syurga....

bersama suami ke pulau pangkor



dah lama rasanya aku dan suami nak pergi pulau pangkor...akhirnya hasrat kami tercapai...kami menaiki ferri...hehe tu gambo sampan kat pangkor...gambo ferri tak ambik...

14 Mac 2009 bersama suami tercinta pergi ke pulau pangkor...Indah sungguh alam Ciptaan Allah SWT...


saat melihat laut yang begitu cantik...tenang mata memandang...sewaktu meronda di pulau pangkor rasa bahgia...bagai pasangan baru bercinta jer kami berdua...

kami mengenakan baju ungu sedondon gitu hehe...masa pulang dr pulau pangkor...hujan lebat sangat...huhu kami berdua mandi hujan hehe berlari dalam hujan gitu...

03 March 2009

LA TAHZAN

Walau apa jua masalah yang bertamu dalam hidup ini haruslah kita tempuh dengan tabah dan carilah jalan penyelesaian berlandaskan cara Islam...
INGATLAH JANGAN KERANA INGIN MENJAGA HATI MANUSIA KITA BIARKAN HUKUM ALLAH SWT...FIKIRKAN YANG MANA LEBIH PENTING...MENJAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA ATAU MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT?????????????

MENGAPA...


sampai bilakah harus kita bersabar dengan apa yang berlaku...berbagai pendekatan telah dilakukan...nasihat sudah...memberi pengajaran melalui perbuatan juga sudah...berdoa dah tentulah tak putus-putus ...TAPI MENGAPA ADA INSAN YANG MASIH TIDAK BERUBAH DAN TIDAK SEDAR...
mungkin Allah SWT telah menutup hatinya untuk melihat kebaikan...baginya segala yang diperoleh memang menjadi haknya dan dia tak perlu dia bersyukur...
Ya Allah...hambaMu ini juga insan biasa yang lemah...tanpa pertolongan dariMu Ya Allah hambamu ini tidak mampu menempuh segala ujian...

MENGAPA HARUS AKU MENJAGA HATI ORANG YANG TIDAK RETI BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG DI BERI...AKU HARUS MENCARI KEBAHAGIAAN KU SENDIRI..TIDAK PERLU LAGI AKU BERBUAT APA...BIARLAH ALLAH SWT YANG MENUNJUKKAN JALAN BUATNYA...

MENGAPA KITA HARUS SENGSARA ATAS PERBUATANNYA...KERANA AMARAH DIA LUPA AKAN DOSA DAN PAHALA...MENGAPA HARUS BERPURA-PURA..MENGAPA HARUS BERLAKON SEMATA...MENGAPA HARUS MEMBURUKKAN SESIAPA...MENGAPA KATA KATA KEMAAFAN MENJADI MAINAN MU SAJA...

YA ALLAH KU POHON PADAMU ...KAU SEDARKANLAH DIA..WALAUPUN KUTAHU SIAPALAH AKU PADA DIA..
YA ALLAH HAMBAMU INI SEDAR ..HIDAYAHMU BUKAN UNTUK SEMUA...ARRAHIM MU JUGA HANYA UNTUK ORANG MUKMIN...NAMUN KUPOHON PADAMU YA ALLAH KAU BERIKANLAH KEPADA KU DAN SUAMIKU KEKUATAN DALAM DIA MENEMPUH SEMUA INI...

sedarkah...



apabila kita melakukan kebaikan kita selalu mengadu"letihla camni nak kena tolong je memanjang", 'aduh aku sibuk..letihla ...tapi nak kena gi kelas agama gak", .....kita sering mengadu keletihan dan memberi berbagai alasan atas perkara - perkara kebaikan...TETAPI jika member ajak gi karaoke ke, gi tgok bola ker, memancing ke atau tengok wayang...kita akan cuba gak cari masa untuk pergi...tak kiralah penat atau tak...INILAH yang berlaku sekarang...

masalahnya sekarang manusia paham itu dosa dan melalaikan tapi masih hendak buat kerana untuk mencari keseronokkan...sikit - sikit tensionlaaaa ngan masalah..jom pegi karaoke...kan bagus jika tension sangat...kita atur langkah ke masjid...hadirilah kuliah agama atau pun bacalah Al-Quran..Sesungguhnya dengan membaca Al-Quran hati akan menjadi tenang...

02 March 2009

.....

dalam epilog sepi hidupku,
kulalui dengan bersendiri,
hanya duka menemani,
hanya air mata membasahi...

bertahun lamanya ku menanti...
yang hadir cuma sementara
dan terus pergi setelah kudilukai,
sekeping hati yang tiada daya,

bagai daunan kering berguguran,
begitulah daku saat itu,
tiada lagi pohon untuk kuberpaut,
tiada lagi ruang untukku berkasih..

dan kini...kau hadir
bersama sebuah pengharapan,
bersama cinta untukku yang memerlukan
bersama satu ikatan...yang tulus..

suamiku...kau..
bagai mentari menyinari hari kelam,
bagai bulan menerangi malam,
tatkala ku kesedihan kau menghiburkan,
tatkalaku dilukai kau merawatnya..

01 March 2009

semalam...

semalam(1/3/09), aku menemani suami gi UTP...huh cantik tul tempat tuh...universiti Teknologi Petronas...dahlama teringin nak masuk..dapat join pergi tu pun dah syukur..ada program halal haram...tn.hj ismail b. hj ahmad(Pengarah HPA IND.) bg cramah

sian tengok suami nampak sangat keletihan...tapi apo leh uat dah kerja dia gitu....aku yang kekadang ikut dia pun terasa letih...inikan dia yang bekerja...abish program aku n dia sampai umah...3 pagi

abang demam cian aku nengok...aku xtau nk uat camna...huhuhu

tanpaku sedari...

sebagai manusia biasa aku juga tidak terlepas dari kesilapan...aku juga kekadang kalah dalam mengawal perasaan marahku...aku sering tertanya apa yang harus aku lakukan...macam mana nak buat semua orang gembira...tapi kekadang keadaan itu membuatkanku terluka...

hati ni terlalu mudah terguris...kukuatkan diri ni dengan melihat kesusahan orang lain...andai kuturutkan masalah nih tentu aku terus menerus menyeksa diri dan juga hati...

mungkin benar kata suamiku yang tercinta...Allah SWT letakkan kita dalam sesuatu situasi adalah kerana kita punya kekuatan dalam menghadapi keadaan itu.... setiap manusia diuji dengan masalah yang berbeza...
"Apabila kita melakukan kebaikan hendaklah kita ikhlas dan jangan sesekali kita sebut...kerana bimbang keadaan itu akan menghilangkan segala pahala kita..."

walau apa jua masalah yang kita alami...Allah SWT sentiasa bersama kita...lagi banyak kita diuji...lagi banyak kita akan merintih dan berdoa padaNya....

"Ya Allah Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan dalam menempuh segala ujian...",

Template by:
Free Blog Templates