27 July 2009

PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul
Rahim Fathoni 1384 Hijrah.


Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA..; Adalah pada suatu hari masuk
aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda
Nabi SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami
dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai
tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya,
Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku
lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku
di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah
pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku
menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".
Berkata Sayyidina Ali RA...; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah
engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Ini antara yang saya ringkaskan .....


Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih
otak kepalanya;
maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup
rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,


Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya
; maka bahawa
sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya
dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya;
maka
sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang
lain] dengan tiada izin suaminya.


Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di
dalam kerongkongan api nereka itu;
maka bahawa sesungguhnya ia
keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.


Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya
dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya
; maka
bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan
tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan
ditambatkan dua
susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan
kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya;
bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci
badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas
dan meringan-ringan akan sembahyang.


Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli
dan kelu.. yang di dalam kerongkongan api neraka
; maka bahawa
sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya
hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil
daripada suaminya).


Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi
dan tubuhnya seperti tubuh keldai;
maka sesungguhnya ia sangat
mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke
dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya;
maka bahawa
sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia
(mengungkit- ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki
mendengki.

Allahu A'lam

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates