19 July 2009

panggilan darimu setelah 9hari..di Makkah

Syukur Alhamdulillah setelah 8 hari mencuba akhirnya suamiku berjaya menghubungiku dari Makkah (18/7/2009-11.27pm)...rindu nk dengar suaranya akhirnya terubat ...walau beberapa minit cukup bagiku...

ni menghitung harinih..22/7/09(malam InsyaAllah )abg akan tiba di airport penang...semoga abg pulang dengan selamat... tunggu adik mai jemput tau...

hari ni genaplah 11 bulan adik jadi isteri abg tau...waa masa bgitu pantas berlalu...hari-hari tanpamu disisi...kuhanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraanmu...suamiku tcinta...

terima kasih abg...kerana hadirmu dalam hidupku telah banyak mengajar dan membimbingku...kini baru ku rasakan ketenangan hidup ini...begitu indahnya Islam...begitu tenang rasanya hidup apabila kita mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan...

sesungguhnya setiap ujian yang datang padaku...lebih mendekatkan ku padaMu Ya Allah...janganlah Kau lupa mengujiku...kerana ujianMu tanda kasih dan Kau sentiasa mengingatiku(hambaMu yang kerdil ini)...

kekadangku rasakan bgitu berat untuk menghadapi segala ujian...mampukah aku tempuhinya...namun apabila kebergantunganku letakkan pada Mu ya Rabb...segalanya menjadi mudah tanpa diduga...syukur...terima kasih Ya Allah...

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates