20 May 2009

MANUSIA DALAM KERUGIAN



Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.


Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran

Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.

Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah.

Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu.

Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),
dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga.
(Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan
akan kita rasakan akibatnya nanti


Apa sebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:



Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali
kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates