31 May 2009

...update umrah suamiku



harini dah 5 hari suamiku di rantauan...InsyaAllah semoga umrahnya selesai dengan selamat...semalam dia telah pun niat ihram..

antara Malaysia dan Makkah beza masa 5 jam...walau berjauhan suami tak pernah lupa untuk sms dan callku...sekurangnya diriku tahu dia dalam keadaan sihat...

akan ku tunggu kepulanganmu pada 10/6/2009...menghitung hari nih hehe

28 May 2009

Kenapa Kita di Uji

Assalamualaikum wr wb. kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Qu! ran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....

wassalam.....

Syukran Jazilan ..

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

30 Larangan Untuk Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

kerosakan Akhlak Muda Mudi

mungkin topik ni agak panjang tapi ia petikan khut bah Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang...sudilah Kiranya membaca ...ruangkan masa anda
Kerosakan Akhlak Muda Mudi
Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muslimin sidang jumaat sekalian!

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya."

Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami
(mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."

Di dalam sejarah Islam, menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda-pemuda Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam perjuangan Islam, maka Rasulullah SAW begitu mengambil berat terhadap pendidikan golongan pemuda. Buktinya, mereka yang mula-mula memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah SAW adalah dari kalangan pemuda-pemuda yang umur mereka lebih muda daripada Rasulullah SAW sendiri seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan lain-lain lagi.

Sementara mereka yang menyertai golongan penentang dakwah Rasulullah SAW ialah daripada golongan tua yang menganggap diri mereka lebih banyak makan garam daripada orang lain seperti Abu Jahal, dan lain-lain lagi. Muslimin sidang jumaat sekalian! Golongan pemuda Islam pada hari ini pula seolah-olah telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. Mereka berpegang dengan slogan zaman muda hanya sekali. Oleh itu mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh syaitan dalam hati sanubari mereka.

Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam pada hari ini sudah tidak lagi mengingati Allah SWT seperti meninggalkan sembahyang. Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sangat membebankan mereka. Seolah-olah lebih payah daripada mendaki gunung yang tinggi atau berenang di dalam lautan api. Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan bermain dam di atas wakaf bermula dari fajar sehingga larut malam, bertemankan sebatang lilin atau cahaya rembulan. Tempat-tempat umum seperti perhentian bas dan pasar-pasar menjadi tempat longgokan pemuda-pemudi yang tidak ada arah tujuan hidup.

Di sinilah tempat mereka bersuka ria, bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, menghisap rokok dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia, tidak ada guna di dunia dan di akhirat. Di sana mereka mengayakan fesyen terbaru yang digayai oleh pemuda-pemudi daripada negara barat, yang ditaja oleh golongan Yahudi dan Nasrani bertujuan menyesatkan dan memesongkan mereka daripada Islam.

Pergaulan bebas yang berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah menyebabkan berlaku gejala sosial seperti berzina, rogol dan membuang anak-anak yang lahir daripada perbuatan zina. Jika kaum jahiliyyah sebelum datangnya Islam dihina kerana melakukan pembunuhan kanak-kanak perempuan yang baru lahir secara ditanam hidup-hidup, maka ada pemuda-pemudi Islam hari ini lebih hina kerana membunuh anak yang baru lahir hasil daripada perbuatan zina tidak lagi mengira lelaki atau perempuan, bukan lagi ditanam tetapi dibunuh begitu sahaja di dalam longkang, tong sampah dan di sungai yang kemudiannya menjadi santapan istimewa burung gagak, ular sawa, biawak, buaya dan anjing liar.

Pemuda-pemudi Islam juga menjadi penagih dadah, ganja, pil khayal, ubat batuk dan sebagainya. Mereka ini bukan sahaja menyusah diri sendiri tetapi juga menyusahkan orang lain. Kerana merekalah ibu-bapa menjadi malu, kerana merekalah masyarakat tidak tenteram kerana berlakunya kes-kes kecurian dan rompakan.

Kerana mereka kerajaan terpaksa berbelanja beratus-ratus juta setahun untuk menyara hidup mereka di dalam pusat pemulihan seperti kata pepatah melayu; seperti memikul biawak hidup' atau 'tiada beban batu digalas.

Muslimin sidang jumaat sekalian!

Begitulah sebahagian daripada contoh kerosakan perangai dan akhlak dikalangan muda-mudi hari ini. Siapakah yang bersalah di dalam soal ini? Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain melainkan mereka hendaklah bersama-sama membuat perhitungan sendiri. Kita tidak perlu bergaduh sesama sendiriuntuk menentukan siapakah yang bersalah sehingga kita membetulkan keadaan yang ada. Tidak ada seorangpun yang terkecuali daripada tanggungjawab yang besar ini bermula daripada seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara. Marilah sama-sama kita membentuk diri kita menjadi seorang yang patuh kepada Allah SWT.

Kemudia marilah kita sama-sama membentuk sebuah keluarg Islam yang terdiri daripada ibu-bapa dan anak-anak yang beramal dengan ajaran Islam sehingga sebuah rumah tangga itu boleh disifatkan dengan "baiti jannati" rumahku syurgaku.

Hasil daripada setiap keluarga Islam yang beramal dan patuh terhadap ajaran Islam, maka akan lahirlah pula masyarakat Islam dan negara Islam yang diberkati dan diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan bukakan kepada mereka pintu-pintu keberkatan daripada langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) lalu kami menghukum mereka kerana apa yang mereka lakukan."

indahnya madinah




suamiku di Madinah



saat mentari terbenam


Subhanallah begitu indah Madinah....saat melihat gambar suamiku yang kini berada di Madinah rasa terpegun seketika...betapa indah alam ciptaan Allah SWT

27 May 2009

suamiku di dubai

sempat tersenyum dalam kapal terbang.....ala comeinya....




suamiku di airport....



suamiku di dubai dengan group umrah....



suamiku dan group umrahnya....



alhamdulillah suamiku telah sampai ke dubai jam 4pagi , waktu malaysia masa tu 8 pagi...

26 May 2009

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saaj bahkan ada yang tak berbaju.



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan> di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

debaran temuduga

9/6/2009 anda diminta menghadiri temuduga JAWATAN penolong pegawai alam sekitar c27 di SPA Malaysia Jalan Cenderasari , KL... kerja ni bagi Jabatan Alam Sekitar...sekarang ct koje JKR...lain skop tuh...

tak taula apa nak uat persediaan temuduga nih....udah la di KL...takpe takpe go go caiyuk.... i know i can do it...do the best...

kawan - kawanku doakanla semoga ct dipermudahkan menjawab soalan temuduga...ni...
harap2 sangat ada rezeki bagi jawatan nih....

suamiku pergi umrah

semalam 26 Mei 2009 siti gi hantar hubby kat airport penang....dia nk g umrah..syukur alhamdulillah ni kali ke 5 hubby gi umrah....seronoknya...terbayang- bayang begitu indah Mekah...

ct doa sangat- sangat agar ct pula menjadi tetamu Allah suatu hari nanti...dahlama ct idamkan nk pergi sana...kekadang berangan masa ngandung nak pi haha(amin...)

sedih jugak masa nak pisah ngan hubby...yerla 2 minggu tuh...tapi gembira sebab hubby terpilih jadi tetamu Allah SWT...bukan senang tuh...hubby cakap...adik janganla risau 10/6/2009 jemput abg yer...ct senyum meleret ler...

hubby doakan isterimu ni yer....doakanla ada berita gembira ...doakanla lulus temuduga...ketar gak pikir temuduga nih...

Ya Allah Kau permudahkanlah suamiku melaksanakan ibadah umrah, Kau berikanlah kepadanya kesihatan dan keselamatan untuk melaksanakan umrah dengan selamat....Semoga dia mendapat umrah yang mabrur...

suamiku isterimu akan sentiasa mendoakan dan menanti kepulangnamu...sayang abg..

24 May 2009

pentingnya Al-Quran

Kepentingan Al-Quran:

"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat
bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith

"Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

"Ahli Quran ialah Ahlullah"

"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang
dibaca." - Ibnu Mas'ud

"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu
lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As

"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan,
masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran,
sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah

jejak ke syurga atau neraka di mana anda?

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
beramal semasa muda lagi
bertolong-tolongan kerana Allah
jauhi diri dan keluarga dari zina
mendidik anak kewajipan beragama
mendirikan solat wajib dan sunat
bertahajjud di tengah malam
menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
berpaut hati pada masjid
sentiasa belajar hal-ehwal agama
sembahyang berjemaah
selalu berada di tempat pengajian agama
menziarahi orang sakit
mengiringi mayat hingga ke kubur
mengadakan khenduri cara Islam
mendamaikan pergaduhan
menolong anak yatim dan miskin
dan lain-lain perkara kebajikan


Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:

tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
kaya tapi bakhil
menipu
mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
mengadakan majlis maksiat
berzina
memakan harta anak yatim
meringankan sembahyang
tidak mengeluarkan zakat
panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
meninggalkan sembahyang
durhaka kepada ibu bapa
berbuat fitnah
suami dayus (membebaskan isteri)
ibu bapa dayus (membebaskan anak)
makan harta haram
berbohong dan berdusta
menggunakan sihir
dengki dan khianat

5 perkara elok disebut

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.



Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.



Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.



Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

20 May 2009

MANUSIA DALAM KERUGIAN



Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.


Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran

Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.

Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah.

Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu.

Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),
dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga.
(Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan
akan kita rasakan akibatnya nanti


Apa sebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:



Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali
kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)

LELAKI PEMIMPIN WANITA

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.


Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.


Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.


Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja.


Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang.

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Wallahualam.

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT



Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya.


Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan.


Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin.

Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya.


Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." - Hadith

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia.



Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

AKHIRAT JUA YANG ABADI

Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.


Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%.


Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.


Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.


Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:

Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka.

Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.

Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula.
Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.

khas darimu...

bunga & strawberi khas darimu buatku...saat di cameron highland...romantiknya rasa...





mungkin bagi pasangan kekasih ini perkara biasa...tapi bagiku...pemberian suami amat bermakna...kerana dalam hidupku inilah pertama kali ku dapat dari insan yang amat kucintai...

suamiku...tiada apa dapat isterimu ini berikan...hanyalah kasih sayangku dan ungkapan aku cinta padamu...

Hanya Allah Maha Mengetahui betapa hidup ini indah bila ada abg...benarlah selepas kesusahan pasti ada kebahagiaan....

rasa rak sabar nak balik petang ni jumpa abg....adik nak masak untuk abang....

genap 9 bulan

20.05.2009 genapla 9 bulan ku menjadi suri hatimu suamiku...
cepat betul masa berlalu...suamiku...tiada yang lebih indah dalam hidupku melainkan saat - saat bersamamu...



terkenang lagi saat kau melamar ku pada 16/6/2008..masa itu aku berada di atas sejadah baru selesai menunaikan solat isyak..mata ku dibasahi air mata kerana mengenang dugaan yang menimpa hidupku...ku terima panggilan dari mu yang baru balik dari masjid...katamu...abang ada sesuatu nak bagi tahu adik...sudikah adik menjadi isteri abang...Ya Allah saat itu rasa macam nk luruh jantung aku...apa benar apa yang ku dengar semua ni...perbualan kita berlarutan namun kupinta darimu izinkan ku buat istikharah satu minggu...

dengan izin Allah akhirnya istikharah ku positif lalu ku terima lamaran mu pada 23/6/2006....


pada 6.7.2008 inilah wajahmu saat nk jumpa familyku...YaAllah permudahkanlah segala urusan...Alhamdulillah family ku menerima lamaranmu....

pada 20.08.2008 akhirnya kita dinikahkan...kini ku bergelar isterimu yang sah...



kita pergi honeymoon first place kau bawaku selepas nikah ialah homestay kt sg petani
...tak sangka kini adik dah jadi isteri abang...bermulalah episod cintaku bersama suami...



lepas tu kita pergi bercuti ke pulau langkawi...happynya hidupku...syukur...tular tempat yang aku nak pergi sangat honeymoon ...



majlis perkahwinan kita pada 22.11.2008...majlis sekali dengan adikku







ni adikku dan suaminya...

suamiku...begitu indah hidupku sekarang...terima kasih kerana mengambilku sebagai isterimu...kaulah suami idamanku...kaulah penguat semangat hidupku...terima kasih abg...

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan suami yang dapat membimbingku ke jalan Mu ya Allah...syukur...

18 May 2009

KERANA SEHELAI BULU MATA

> Diceritakan di Hari pembalasan kelak, Ada seorang hamba Allah sedang
>
> Diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk
> berbuat maksiat. Namun begitu
> dia berkeras membantah, "Tidak demi langit Dan bumi,sungguh tidak benar.
> Saya x pernah malakukan perkara
> itu..."

> "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
> sendiri ke dalam dosa "
>
>
> Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
> ruang
> yg Ada . Kemudian dia pun
> menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa
> melainkan aku Dan suaramu sahaja."
>
>
> Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."

>
> Tiba2 Mata berbicara, "Saya yg memandang,"
>
>
>
> Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
>
>
>
> Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
>
>
>
> Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
>
>
>
> Lidah menambah dengan beran I, "Saya yang menjilat Dan menghisap"
>
>
>
> Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba Dan meramas"
>
>
>
> Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan Dan berlari semasa itu"
>
>
>
> "Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
> tentang perbuatan aibmu," ujar
> malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus ASA
> Dan amat berduka kerana
> sebentar lagi IA akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal IA amat
> berharap agar segala perbuatan
> jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan,
> tiba-tiba terdengar satu suara yg amat
> lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah
> untuk menjadi saksi dalam
> perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata"
>
>
>
> "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku
> pernah dibasahi dengan juraian
> air Mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah
> dilakukan. Bukankah rasulnya telah
> berjanji, apabila Ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun
> sehelai
> bulu Mata sahaja yg dibasahi
> dengan air Mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
> MAka, saya sehelai bulu Mata,
> berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi
> saya dengan air Mata penyesalan."
>
>
> Dengan kesaksian bulu Mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka Dan
> segera dihantar ke syurga:
>
>
> "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu Mata.."

>
> PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL........ .....
>
> WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN
> DAN
> KEINSAFAN BERTAUBAT LAH
> DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG
> BERTAUBAT
>

14 May 2009

demam...

huhuhu dah seminggu aku demam../...duk batuk jer....demam dah nk ilang gigi bongsu pulak tumbuh...aduh sakit ...demam pulok aku sebab tumbuh gigi.....huahua gigi bongsu ni sakit gak nk tumbuh...dah bengkak pipi ni....

blind girl...

You may have read this before but good to be reminded every now and then.....





There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'
One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.


He asked her,'Now that you can see the world, will you marry me?'

The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected
that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.


Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'



This is
how the human brain often works when our status changes.


Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations..



Life Is a Gift


Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.


Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.


Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.


Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.


Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.


Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.


And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.


Before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.

And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still
around.

03 May 2009

hadiah untukku

seronok sangat...hubby baru balik dari medan pada 27/4/2009...dia hadiahkan uatku telekung...katanya hadiah untuk akhirat.....
sronok sangat tak terkata tuh...Alhamdulillah...

rindunya saat - saat ini





tengok - tengok gambor ngan hubby ni uat daku tersenyum
ada - ada je posing nak di uatnya.....gambo ni tangkap sendiri nih...takde cameraman nih

thank you ...hubby






suamiku....
terima kasih atas sayangmu
terima kasih atas perhatianmu
membuatku rasa bahgia selalu
walau kita jarang ketemu

suamiku....
tatkla kurindu ke majlis ilmu
kau bagaikan sentiasa tahu
membawaku bersama berdua selalu
buatku rasa nak ucap thank you

suamiku...
andai kau tahu apa dihatiku
pasti tertanya benarkah itu
itulah realiti tentang dirimu
insan bertakhta raja hatiku

daku bukannya seorang pujangga
bukan juga sasterawan negara
daku hanyalah suri hatimu
menyatakan rasa dibalik madahku

Template by:
Free Blog Templates