27 August 2009

DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNG

Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar..

Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Hisablah diri sebelum kita dihisab........Ya Allah Kau ampunilah segala dosaku...

majlis Ihtifal

15hb Ogos, anak-anak dah balik dari asrama. Keputusan peperiksaan pun dah terima. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah dikurniakan anak-anak yang baik dan cerdas akal fikiran. Oleh kerana keputusan peperiksaan mereka yang 'cemerlang' maka satu majlis ihtifal peringkat rumah sendiri telah diadakan pada malam tersebut. Selepas makan malam di Radix Fried Chicken Laguna Merbok, maka majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan nasyid Allahummahdina, versi SRI AlFurqan oleh anak-anak ayah & umi. Seterusnya ucapan dari Pengerusi PIBG SRI Al-Furqan, siapa lagi..ayah laa. Ucapan aluan dari Ummi Ija dan Ummi Siti dan seterusnya majlis penyampaian hadiah. Majlis disempurnakan dengan bacaan doa MAKAN oleh Ustaz Bashir.




.......................umi ija..ayah...umi ct ......................


........................najwa (10 tahun) dapat no.3.........................


........................aishah (9 tahun) dapat no.9.........................


.............................luqman hakeem (7 tahun).............................


.............................nu'man bashir (5 tahun)..............................

26 August 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan..............

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-’Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

terawih bersama housemate

hujan lebat waktu maghrib..ju jom kita gi solat terawih sama2 kat surau..harap2 hujan berhenti..."syukur sangat apabila azan isyak berkumandang hujan mula berhenti...

lpas slesai solat isyak..."aku n ju jalan kaki ke surau taman kami tuh...(kami pakai telekung siap2...(kalu bebudak tgok mau mencacak lari nih...) sediakn payung sblum ujan(pesanku pada ju...karang kuyup pulak bila kita balik)...sedapnya angin malam..tenang sangat ...menjengah ke langit nampak anak bulan samar2...

waktu tiba di surau...kulihat ada 4 saf perempuan ...syukur rasanya...dapat juga terawih kat surau...selesai je terawih ..."seronok juga jalan gi surau...esok kita gi terawih lg yer ct..."..."ok esok kita g terawih ngan rina sekali...rina budak umahku juga..malam tu dia berbuka puasa ngan tunang tu xjoin kitaorang....

sampai je rumah...tetiba...vrooommmmmmmmmmm "hujan turun dengan lebatnya..."Ya Allah syukur...Allah lindungi perjalanan kami...bila tiba rumah baru ujan lebat....aku dan ju masing-masing mengucapkan syukur Alhamdulillah....

benarlah apabila kita berniat baik Allah pasti akan mudahkan urusan kita itu...Terima kasih Ya Allah...

kali pertama berbuka puasa dengan housemate

tersebutlah kisah...satu cerita ...di suatu petang...dua orang kawan serumah ni ingin masak bersama....ju housemate ku.."ct harini kita masak yer...ct makan tau.." itulah sms yang kuterima sebelum pulang...

dalam kotak fikiran apala minah ni nak masak...slesai solat dan mengaji ...aku menjengah ke dapur.."ju nak masak apo?..."entahla ct ada member bagi ayam tua nih...ada ke sruh masak rendang...mana ju tau masak...
pikir punya pikir "apa kata kita buat ayam goreng planta takpun masak madu kikik...idea ku beri"... tengok- tengok ayam tu mcm liat jer aku tukor plan ..masak kicap.."ct..ct masak kicap sedap...ct masakla k...ju goreng dulu nanti ct masak kicap..k"..."aik den pulak kena masak...

chef ct pun mula menjalankan peranannya memasak kicap fuh bau harum semerbak jer...blum tau rasanya ...posa kan... apo lg aku nk masak nih...aku pun goreng pekasam ikan puyu pemberian ibu mertuaku...pastu aku rebus telur masin sebijik...

ju sibuk bancuh air teh o nya ...

jam 7.15 makanan dah ready...berbuka 7.30...bila azan berbunyi je ...sama- sama kami berbuka posa...
nyum -nyum syukur jimat blanja haha..."ct...ekk ekk liat betul ayam nih...'kata ju... "haah liatla...mengingatkan kami pada crita bujang lapuk kik kik...

kebas mulut kami berdua makan ayam tuh.."masak kicap da sedap ..ayam pulak liat cikit..."ala ju ayam tua mmg liat",kami berdua meneruskn makan juga liat pun liatla sekali sekala test gigi kuat ke tak...hahahaha

memang tak boleh lupa mimik muka kami berdua...hua hua itula knangan bbuka posaku smalam...

Template by:
Free Blog Templates