31 March 2009

jangan tangguh



dalam kehidupan ni semua orang tak lepas dari melakukan dosa,begitu jua dengan diriku..kita sering alpa akan dunia...yang penuh warna warni keindahan yang hanya berdusta...

kita sememangnya insan biasa...Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita akal dan fikiran untuk kita berfikir...kita seharusnya memperbaiki segala kesilapan dan segera bertaubat...

kadangkala aku bertanya pada diriku...apa erti hidupku?apa yang harus aku lakukan...aku sendiri kurang masa untuk beribadah...bekalan ku hanya sedikit cuma belum tentu sama seperti sebutir pasir.............

masa begitu pantas berlalu...pergi kerja balik kerja rehat esok pergi kerja balik...begitulah rutinku seharian...masa habis begitu sahaja...entah apa pengisian yg ada.....

aku rindu pada kuliah...aku rindu pada tazkirah, usrah,...Ya Allah Kau permudahkan perjalananku ke jalanMu...Kau bantulah hambaMu ini dekatkan diri padaMu...

30 March 2009

kuasai diri....



kita kena berusaha untuk menguasai diri ini...kita kena jaga segala perwatakan dan juga hati...bukan mudah nak didik hati nih...

"......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah S.W.T melainkan kaum yang kafir-Surah Yusuf-ayat 12.”

hati ni kita kena jaga semai ia dengan zikir...cuba ajar hati ni jangan berprasangka..

alam barzakh dan padang mahsyar

Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh

- Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia

- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
- Hidup sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur

- Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :

“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”

5. Alam Mahsyar

- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
- Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Dimana kamu tinggalkan umatku”

# Didalam Surah Al-Waaqi’ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2. Abraar (Baik-kebaikwan) ; iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)

3. Fujjaar (Jahat-jahawan) ; iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial) .

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:

1. Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar

Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan merek yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).

7 golongan :

1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata “Aku takut pada Allah”
6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan). Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”.. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat

· Soal Jawab
· Membaca catatan amalan
· Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.

“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mrk yg beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;

polycystic ovary syndrome

Ahad, 14 September 2008
Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.


Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.



Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’



Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?



1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.



Bagaimana Ia terjadi



Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.



Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.



Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.

29 March 2009

jom naik kapal terbang

emmm macam mimpi jer aritu...26/3/2009 aku amik cuti nak ikut hubby gi kl.....dalam kpala dah planning nak ganti ganti drive sebab sian kt hubby nk drive dr sg petani gi kl jauh tuh...bila hubby cakap nk naik flight...rasa nk melompat jer hehe first time naik flight ngan hubby...sblum ni pernah gak naik flight g jakarta tapi tu tahun 2007...

kami naik flight firefly jam 2.40petang dr airport bayan lepas...menarik gak firefly nih warna oren putih gitu...cantik cantik...dalam dia okla takla besar...hehe..dalam perjalanan di atas udara haha tengah aku duk intai intai awan n pemandangan yang indah...dah setengah jam tuh pilot bagi pengumuman kapal terbang kna patah balik sebab cuaca hujan di airport subang.......

tak pasal2 patah balik airport bayan lepas ....lebih kurang 20 minit kami terbang balik masatu dah jam 4.00 petang ....sampai airport subang jam 5.00 petang...memang rasa rileks jer aritu yerla naik kapal terbang pilot bawa...pastu naik teksi drebar bawa....gi hotel depalma ampang...

seat kat kapal terbang no.9 nombor bilik hotel pulak 1109...9 angka bertuah nih...thanks abg hehe bahgia rasanya...

27/3/2009 kami kena pulang ke sg petani sbb hubby ada ceramah utk budak uitm shah alam...so pulang naik flight 10 pagi...dalam flight aku duk main game sudoku tak sedar sekejap je dah sampai...

lunch kat tepi sungai makan bawal goreng sedapnya....abg nk pogi lagi...sweet memories ngan abg tuh...muahmuahmuah

Template by:
Free Blog Templates