27 August 2009

DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNG

Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar..

Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Hisablah diri sebelum kita dihisab........Ya Allah Kau ampunilah segala dosaku...

majlis Ihtifal

15hb Ogos, anak-anak dah balik dari asrama. Keputusan peperiksaan pun dah terima. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah dikurniakan anak-anak yang baik dan cerdas akal fikiran. Oleh kerana keputusan peperiksaan mereka yang 'cemerlang' maka satu majlis ihtifal peringkat rumah sendiri telah diadakan pada malam tersebut. Selepas makan malam di Radix Fried Chicken Laguna Merbok, maka majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan nasyid Allahummahdina, versi SRI AlFurqan oleh anak-anak ayah & umi. Seterusnya ucapan dari Pengerusi PIBG SRI Al-Furqan, siapa lagi..ayah laa. Ucapan aluan dari Ummi Ija dan Ummi Siti dan seterusnya majlis penyampaian hadiah. Majlis disempurnakan dengan bacaan doa MAKAN oleh Ustaz Bashir.




.......................umi ija..ayah...umi ct ......................


........................najwa (10 tahun) dapat no.3.........................


........................aishah (9 tahun) dapat no.9.........................


.............................luqman hakeem (7 tahun).............................


.............................nu'man bashir (5 tahun)..............................

26 August 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan..............

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-’Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

terawih bersama housemate

hujan lebat waktu maghrib..ju jom kita gi solat terawih sama2 kat surau..harap2 hujan berhenti..."syukur sangat apabila azan isyak berkumandang hujan mula berhenti...

lpas slesai solat isyak..."aku n ju jalan kaki ke surau taman kami tuh...(kami pakai telekung siap2...(kalu bebudak tgok mau mencacak lari nih...) sediakn payung sblum ujan(pesanku pada ju...karang kuyup pulak bila kita balik)...sedapnya angin malam..tenang sangat ...menjengah ke langit nampak anak bulan samar2...

waktu tiba di surau...kulihat ada 4 saf perempuan ...syukur rasanya...dapat juga terawih kat surau...selesai je terawih ..."seronok juga jalan gi surau...esok kita gi terawih lg yer ct..."..."ok esok kita g terawih ngan rina sekali...rina budak umahku juga..malam tu dia berbuka puasa ngan tunang tu xjoin kitaorang....

sampai je rumah...tetiba...vrooommmmmmmmmmm "hujan turun dengan lebatnya..."Ya Allah syukur...Allah lindungi perjalanan kami...bila tiba rumah baru ujan lebat....aku dan ju masing-masing mengucapkan syukur Alhamdulillah....

benarlah apabila kita berniat baik Allah pasti akan mudahkan urusan kita itu...Terima kasih Ya Allah...

kali pertama berbuka puasa dengan housemate

tersebutlah kisah...satu cerita ...di suatu petang...dua orang kawan serumah ni ingin masak bersama....ju housemate ku.."ct harini kita masak yer...ct makan tau.." itulah sms yang kuterima sebelum pulang...

dalam kotak fikiran apala minah ni nak masak...slesai solat dan mengaji ...aku menjengah ke dapur.."ju nak masak apo?..."entahla ct ada member bagi ayam tua nih...ada ke sruh masak rendang...mana ju tau masak...
pikir punya pikir "apa kata kita buat ayam goreng planta takpun masak madu kikik...idea ku beri"... tengok- tengok ayam tu mcm liat jer aku tukor plan ..masak kicap.."ct..ct masak kicap sedap...ct masakla k...ju goreng dulu nanti ct masak kicap..k"..."aik den pulak kena masak...

chef ct pun mula menjalankan peranannya memasak kicap fuh bau harum semerbak jer...blum tau rasanya ...posa kan... apo lg aku nk masak nih...aku pun goreng pekasam ikan puyu pemberian ibu mertuaku...pastu aku rebus telur masin sebijik...

ju sibuk bancuh air teh o nya ...

jam 7.15 makanan dah ready...berbuka 7.30...bila azan berbunyi je ...sama- sama kami berbuka posa...
nyum -nyum syukur jimat blanja haha..."ct...ekk ekk liat betul ayam nih...'kata ju... "haah liatla...mengingatkan kami pada crita bujang lapuk kik kik...

kebas mulut kami berdua makan ayam tuh.."masak kicap da sedap ..ayam pulak liat cikit..."ala ju ayam tua mmg liat",kami berdua meneruskn makan juga liat pun liatla sekali sekala test gigi kuat ke tak...hahahaha

memang tak boleh lupa mimik muka kami berdua...hua hua itula knangan bbuka posaku smalam...

adik rindu abg...sejuk mataku...


sejuk mataku saat melihat gambar suami di tingkat atas masjidilharam

Ya Allah seronoknya suamiku tak terkata...hatiku bagai meronta-ronta ingin sekali berpeluang seperti suami... betapa bertuahnya abg dalam 3 bulan saja dah 3 kali Allah SWT mengizinkan abg menjadi tetamuNya...

Ya Allah hambaMu ini amat mengharap agar Kau beri peluang untukku menjadi tetamuMu Ya Allah....




suamiku bergambar dihadapan kubah masjidilharaam yang terkenal

25 August 2009

pesanan umi ct...pada anak2 nya...

saat pulang ke rumah ...anak - anak telah menyambutku...hilang letihku rasanya almaklumla aku bekerja di parit buntar, perak berulang ke sg petani utara memakan masa 1jam..mujur ada highway....

ciuman dan pelukan anak2 buatkan aku bahgia...walau stress sbenarnya dengan koje...
seperti biasa soalan umi..."anak-anak umi semua posa tak ni"..."basyir dahaga basyir minum mineral je" hehe itula anakku yg umur 5tahun...siannya dia cuba juga untuk posa cuma sekerat hari saja...apopun umi bangga kerana anak umi berusaha utk posa...

seperti biasa aku akan ke dapur untuk masak bersama akak... sedang sibuk menggoreng mr crab tetiba..pumpum...ketam myerang ...abis minyak terpercik ke tangan akak... cepat2 akak amik minyak but-but buh kat tangannya...mujur cepat...

lepas berbuka posa...seperti biasa kami akan solat berjemaah..waktu nak tidur...anak2..sebelum tidur kena minta maap kat umi dan ayah tau...bukan apa riso nanti tak tak bernyawa esoknya (sememangnya kita tahu mati itu sentiasa hampir dengan kita)...begitulah pesanan ku

lantas segera anak-anak memeluk umi - umi ni dan memohon maaf atas segala kesilapan..sejuk hatiku...

24 August 2009

19/8/2009-10/9/2009 bgitu lama ku rasa tanpa suami disisi

harini dah 4 ramadhan...tapi aku belum berkesempatan berpuasa dengan suami..hukhuk.. arini duk belek belek blog suami tercinta...ni gambo dia berbuka posa di Mina





rindunya kat abg...rasa lamanya masa tu berlalu...huhu...nak je balik koje sekarang juga tapi pekeliling kuar leh kelik jam 4.30 potang...jadi terpaksa den menanti....
nak tau kenapa nak balik awal...??/ sebab rindu nk jumpa anak2 huhu dah 2hari xjumpa... ingat lagi pesanan aishah "umi jangan lupa balik hari selasa tau" "iyer nanti selasa umi balik k" nampak senyuman terukir dibibir anak2 ku ( najwa dan aishah)...

teringat kat telatah anak2 buat aku tersenyum haha...walau banyak masalah kekadang bertamu di hatiku tapi apabila dapat lihat wajah anak2 ...hilang segala resahku

23 August 2009

1 RAMADHAN BSAMA FAMILY

tahun ni satu ramadhan ku sambut bersama kakak dan anak2...kami terawih sama-sama..ari pertama kak ija jadi imam...ari kedua aku pulak jd imam

bersahur sama-sama menunya nasi putih + telur mata kerbau taruk kicap + ayor ...berbuka sama2 hehe menu berbuka posa hari pertama nasi putih + udang masak special(aku masak) + ayam masak merah(kak masak) + kentang goreng + mee goreng special(kami sama2 masak)..+ kopi radix + rosselle + radix sarsi......... huh penuh perut..

hari pertama puasa

anak ketiga ku luqman alhakeem duk tanya lama lagi ker berbuka....basyir yang tak posa pun tak makan sbb hormat abg n akak2 nya... yang aishah dan najwa sibuk menolong umi2 ni di dapur...ayah xde kalau ada mesti best...

umi ct( aku ler) duk sibuk menggoreng udang kat dapur anak2 dah standby kt meja makan..."umi...dah azan".. ala"tu azan kat KL sayang" tunggu jap tau..."umi ct azan dah abis leh buka posa tak"..."sabor ye jam belum 7.30 5minit je lagi"......" alarrr lama lagi ke nak berbuka" macam2 gelagat anak2 aku nih

"ok anak2 dah boleh berbuka posa dah...masing2 baca doa...sian anak2 umi lapor.."luqman duk minum ayor je ...yang basyir ,aishah, n najwa masing sibuk mengunyah... umi ct n umi ija tersenyum je tgok gelagat anak2..

indahnya pertama ramadhanku...
ABANG ..ADIK DAN AKAK SERTA ANAK2 TAK SABAR TUNGGU KEPULANGAN ABG..SUAMIKU YANG DI MEKAH KINI..JAGA DIRI TAU..KAMI SAYANG ABG...

jutawan ramadhan


SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA

MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!

PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00

WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!

NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?

NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.

WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?

BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!

BAGAIMANA DENGAN ANDA? MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.

TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?

ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.

TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.

JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!

*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.

SELAMAT BERPUASA,

SELAMAT BERAMAL,

SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......

petikan dari idhamlim.blogspot.com

syukur 1ramadhan lahirlah anak saudaraku

happy tak terkira bila dapat panggilan dari adikku nurul syuhada 20 tahun...menyatakan yang dia telah selamat bersalin... mengikut kata doktor sebelum ni dia mgandung baby girl....tup tup keluar baby boy....

masa lahirnya 3.00 petang 22/8/2009 bersamaan 1 ramadhan 1430h,sbagai maklong...ku tumpang gembira...smoga dia mjadi anak yg soleh dan pejuang islam... smalam dia di tahan wad sminggu sbb sel darah merah musnah awal...cian baby...kesannya dia ada alahan pd kacang parang n ubat2 ada list dia tak bole makan...smua itu ujian InsyaAllah takde apo...

21 August 2009

untuk ilahi

ANDAIKAN DIRIKU BISA SEPERTI YANG LAIN
YANG KAU SAYANG YANG KAU RINDUKAN YANG KAU CINTAI
AKU LEMAH TANPAMU AKU LELAH AKU SUNGGUH TAK BERDAYA
TOLONGKU...TOLONGKU...YA ALLAH
SETIAP AIRMATA KU MENGALIR
ALLAH..AKU LEMAH DAN TAK BERERTI
SETIAP DERAI TANGIS MEMBASAHI
ALLAH JANGAN TINGGALKAN KU LAGI
AKU SAYANG ALLAH AKU RINDU ALLAH AKU CINTA ALLAH...

20 August 2009

my first anniversary...20/08/2009

pejam celik pejam celik dah setahun usia perkahwinanku ...tanggal 20/08/2008...aku bergelar isteri...saat ini hubby berada di Madinah..pada 15/08/2009 hubby dah aturkan sambutan anniversary kami hehe lokasi nya hotel depalma ampang...best betul hubby booking bilik suite haha ni gambornya.....dalam pjalanan ke sana..kami berhenti makan sate kajang di R&R jejantas sg buloh (ni tak boleh missed kalau g kl)







our dinner kami call waiter je anto ke bilik...hehe romantik sikit makan berdua aje sambil menonton tv (best - best)...alahai gambo makanan tak tangkap pulak....

syukur Alhamdulillah kami bahagia..Ya Allah terima kasih kerana anugerahkan suami yang baik buatku....

2hari satu malam berada di sana...dalam perjalanan pulang kami makan di gerai tomyam kampung baru sg. buloh...sedap tul makananya ..menunya (tomyam campur, sotong goreng kunyit, telur dadar, sayur kailan ikan masin, air kopi radix panas 2)

percutian yang amat bermakna bagiku...

ting tong hehe bunyi sms hp ku haha ...mesej kuterima dari hubby tercinta dari mesir pada 20/08/2009 6.19pm .."selamat ulangtahun perkahwinan..abang bersyukur pada Allah dikurniakan isteri semulia adik...Abg berdoa supaya jodoh kita sampai ke syurga.."aminnnnn

happy tak terkira...doaku agar Allah SWT sentiasa merahmati hubungan kita...

18 August 2009

aku kena gi saringan h1n1

berdebar rasanya apabila demam, selesema, dan batuk.... letih rasanya menunggu giliran dari jam 10pagi tgok 2 dapat no.301 aduh ...masatu baru giliran no.80...

dahla duduk bawah khemah kat luar panas yang amat....tunggu punya tunggu jam 3.45petang barulah giliranku....harini sehari suntuk kat hospital sg petani....lama betul menunggu lemas rasa dahla pakai mask..

memangla riso waktu jumpa doktor tuh.....mujurla doktor kata aku demam biasa... doktor beri aku mc dua hari untuk berehat...syukur Alhamdulillah aku xkena H1N1......

just to share with u all.. be careful & wear mask always.

"Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG... Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER... NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.

Second Stage

Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage

Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.
Very H1N1 ni genius virus.. Can HIDE in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus.... woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.

[Note : Kepada para Bloggers friends, forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA]."



Di harap semua orang dapat membaca yassin dan membuat solat hajat agar dijauhkan daripada bala ini… AMIN.

12 August 2009

aduh sakit kepalaku migrain...

semalam aku tidak dapat pergi kerja kerana migrain ku datang balik...dah lama tak sakit macam nih...berpina- pina je rasa....

mujurlah suamiku bawa ke klinik bertam...dapatla mc satu hari...ada satu lagi yang best di saat ini...dapat melihat doktor scan baby kak ija...aku duk mgintai intai agak nya laki ke pompuan..."umi siti bashir nak tgok juga"...begitulah telatah anakku yang no.4 ni...aku pun dukungla dia...mmgla budak mana tau apo yang duk scan tuh...tu baby kataku...hehe nampaknya baby masih malu dan nak buat kejutan kut sbb hgga kini xnampak jantinanya...

sabor ...sabor...menanti...hujung bulan 10 dijangka baby akan lahir...nak kena bersedia jaga baby nih...lepas ni jaga baby sendiri pulak hehe (insyaAllah)

syukur pada Allah SWT di atas segala rahmatnya...

10 August 2009

MUTIARA KATA

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

-Ibnu Qayyum-

09 August 2009

Erti Seorang Lelaki

Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya.

Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum.
Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan.

Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.





Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.

Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga.





Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syaratullah
U - Uswah hasanah
A - Amanah
M - Matlamat
I - Istiqamah


Sama-sama kita mengambil pengajaran. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti ni, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. (Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni…...tepuk dada, tanya iman.)

Sama-sama muhasabah diri. Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yang ketiga dan seterusnya. Pengolahan dibuat berdasarkan kefahaman penulis terhadap isu-isu masyarakat.

04 August 2009

rindunya.....

tak tergambar rasa syukurku....hati ini mula rasa rindu pada anak2...mungkin naluri keibuan ku ...Ya Allah hanya Kau yang mengetahui segalanya...sesungguhnya diri ini amat merindui anak2 umi...



kuhitung hari2 agar segera dapat ku ketemu mereka...esok mereka akan pulang dari asrama...terima kasih Ya Allah....tak dapat aku rungkaikan betapa terharunya diri ini saat anak2 panggil aku umi...panggilan itu telah lama kutunggu....

walau umi hanya umi express tapi umi anggap najwa, aishah, luqman dan basyir macm anak umi sendiri...Ya Allah izinkan hambaMu ini membahagiakan family ku ini...

semua ini adalah impianku ....syukur Allah dah makbulkan doaku dan suamiku...inilah bukti kekuasaan Allah SWt.....Dia pemilik hati- hati manusia...Dia bisa membolak balikkan hati ini...

Ya Allah Kau peliharalah dan rahmatilah keluarga ini...terima kasih...syukur Alhamdulillah

02 August 2009

bahagianya ku kini...



syukur alhamdulillah kini aku dan maduku telah pun menjadi seperti kawan baik...sungguh terharu saat anak2 memanggilku ummi.....Ya Allah inilah saat indah yang ku rasakan...Di usia 25 tahun ..kini aku dah punya 4 orang anak hehe express gitu... Najwa hani 10 tahun, siti aishah 9 tahun, luqman Nur Hakim 7 tahun dan Nu'man Basyir 5 tahun....umi muda la aku nih haha

Allah SWT sahaja mengetahui betapa indah hidupku kini...Syukur Ya Allah..abang terima kasih...kak ija ...terima kasih...anak- anak umi terima kasih......

tangisan lalu kini bertukar tawa dan ria...Syukur Alhamdulillah....

Template by:
Free Blog Templates