12 August 2009

aduh sakit kepalaku migrain...

semalam aku tidak dapat pergi kerja kerana migrain ku datang balik...dah lama tak sakit macam nih...berpina- pina je rasa....

mujurlah suamiku bawa ke klinik bertam...dapatla mc satu hari...ada satu lagi yang best di saat ini...dapat melihat doktor scan baby kak ija...aku duk mgintai intai agak nya laki ke pompuan..."umi siti bashir nak tgok juga"...begitulah telatah anakku yang no.4 ni...aku pun dukungla dia...mmgla budak mana tau apo yang duk scan tuh...tu baby kataku...hehe nampaknya baby masih malu dan nak buat kejutan kut sbb hgga kini xnampak jantinanya...

sabor ...sabor...menanti...hujung bulan 10 dijangka baby akan lahir...nak kena bersedia jaga baby nih...lepas ni jaga baby sendiri pulak hehe (insyaAllah)

syukur pada Allah SWT di atas segala rahmatnya...

10 August 2009

MUTIARA KATA

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

-Ibnu Qayyum-

09 August 2009

Erti Seorang Lelaki

Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya.

Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum.
Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan.

Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.





Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.

Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga.





Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syaratullah
U - Uswah hasanah
A - Amanah
M - Matlamat
I - Istiqamah


Sama-sama kita mengambil pengajaran. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti ni, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. (Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni…...tepuk dada, tanya iman.)

Sama-sama muhasabah diri. Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yang ketiga dan seterusnya. Pengolahan dibuat berdasarkan kefahaman penulis terhadap isu-isu masyarakat.

04 August 2009

rindunya.....

tak tergambar rasa syukurku....hati ini mula rasa rindu pada anak2...mungkin naluri keibuan ku ...Ya Allah hanya Kau yang mengetahui segalanya...sesungguhnya diri ini amat merindui anak2 umi...



kuhitung hari2 agar segera dapat ku ketemu mereka...esok mereka akan pulang dari asrama...terima kasih Ya Allah....tak dapat aku rungkaikan betapa terharunya diri ini saat anak2 panggil aku umi...panggilan itu telah lama kutunggu....

walau umi hanya umi express tapi umi anggap najwa, aishah, luqman dan basyir macm anak umi sendiri...Ya Allah izinkan hambaMu ini membahagiakan family ku ini...

semua ini adalah impianku ....syukur Allah dah makbulkan doaku dan suamiku...inilah bukti kekuasaan Allah SWt.....Dia pemilik hati- hati manusia...Dia bisa membolak balikkan hati ini...

Ya Allah Kau peliharalah dan rahmatilah keluarga ini...terima kasih...syukur Alhamdulillah

02 August 2009

bahagianya ku kini...



syukur alhamdulillah kini aku dan maduku telah pun menjadi seperti kawan baik...sungguh terharu saat anak2 memanggilku ummi.....Ya Allah inilah saat indah yang ku rasakan...Di usia 25 tahun ..kini aku dah punya 4 orang anak hehe express gitu... Najwa hani 10 tahun, siti aishah 9 tahun, luqman Nur Hakim 7 tahun dan Nu'man Basyir 5 tahun....umi muda la aku nih haha

Allah SWT sahaja mengetahui betapa indah hidupku kini...Syukur Ya Allah..abang terima kasih...kak ija ...terima kasih...anak- anak umi terima kasih......

tangisan lalu kini bertukar tawa dan ria...Syukur Alhamdulillah....

Template by:
Free Blog Templates