05 October 2010

bersabarlah duhai hati

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita apabila ditimpa ujian

 
Kenapa semua ini terjadi padaku?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

 
Kenapa terlalu berat ujian ini?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

 
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

 
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)



Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

04 October 2010

saudariku............


Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan

Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.

Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.



Saudariku,

 
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja


Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
 

Saudariku,

 

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

 

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja
 

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga

sambungan wanita solehah...

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

 

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain

 
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
 

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
 

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian

Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.


Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT.
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

.

wanita solehah

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.

Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.

Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.



bagaimana jika Allah mencintai seseorang?????

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang.
"Saya rindu ibu."
saya cinta kamu semua."
Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.


Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

debaran final kian terasa

dah hampir 3 bulan diri ini menimba ilmu
berbagai cabaran mendatang
Ya Allah mampukah hambaMu ini
memang satu cabaran yg berat

benarlah orang kata baik belajar full time dari part time
takdan nak study sangat
mana nak bahagi masa
dengan kerja, keluarga n belajar..

aku kena kuat...
aku yakin aku boleh
teruskan usaha hingga berjaya

debaran kian terasa apabila dah tau jadual final
Ya Allah Kau permudahkanla HambaMu ini
menjawab segala soalan

siti hajar jangan main2
ingatlah tiada kejayaan tanpa usaha...

21 July 2010

kembali blajo

setelah hampir 5 tahun meninggalkan alam pembelajaran ...
akhirnya aku sambung juga ke peringkat ijazah....
ijazah kejuruteraan awam..9semester tuh

bekerja sambil belajar...space utm
setiap jumaat n sabtu kelas...
dari parit buntar ke jitra 2jam lebih kena drive...
pagi jumaat koje jap then gi kelas...kelas jam 2.30 petang

tired memang tired....
Alhamdulillah ahad dapat gak spend time ngan hubby...

kelas pertama bahan kejuruteraan awam..
semua diam jer blur gamoknya..
ater b.i smua...hehe
rasa tepu dah kpala den...yg den ingat porosity je

sabtu 8.30 pagi da klas persamaan terbitan..
sbb tak belajo kalkulus...
majoriti kelas kebingungan...
huh balik kna blajo sndri...

26 April 2010

kesibukan...

sibuk dgn bisnes membuat kan dah lama aku tak ber blog...
sekarang hubby 100% fokus bisnes je...isteri merangkap akauntan nya turut skali busy....
antara produk syarikat kami


dah macam trafik light pencuci pinggan ni
harga jualan RM 4.50
harga promosi RM 4.00


minda mumtaz..... makanan minda campuran 9 makanan terpilih
harga jualan RM 35.00
harga promosi RM 25.00


pencuci pakaian.... 3 dalam 1
Mencuci, Melembut Mewangi.... hehe xyah pakai softlan dah
harga jualan RM 12.00
harga promosi RM 10.50



rempah ayam& daging, rempah ikan & udang  250g RM 3.00


rempah 25 g  RM 0.50

25 March 2010

usaha untuk kehamilan

Usaha bagi pihak wanita


Anda perlu menjalani hubungan intim 1 – 2 hari sebelum tempoh ovulasi. Pada kebanyakan masa dalam sebulan, sperma terbunuh dengan cepatnya. Ia mendapat sedikit perlindungan dari cecair seminal yang menyelitupinya, tetapi ia terlalu lemah bagi berenang melepasi lendir faraj yang pekat dan berasid. Hanya sekali dalam sebulan tubuh wanita membantu sperma lepas masuk dengan menghasilkan lendir yang jernih, melekit yang baik bagi sperma berenang melepasinya. Ini berlaku semasa ovulasi, apabila tubuh mahukan sperma berjaya. Terdapat banyak laman yang membantu memastikan tempoh ovulasi.


Tekanan perasaan turut dikaitkan dengan gangguan haid dan ovulasi. Anda mungkin ingin mencuba teknik menenangkan diri bagi mengurangkan tekanan bagi memastikan ovulasi anda berada dalam keadaan biasa.

Wanita perlu memastikan bahawa mereka dalam keadaan fasa ovulasi. Ovulasi berlaku apabila telor matang dibebaskan dari ovari, memasuki tiub fallopian, dan sedia untuk persenyawaan. Telor mampu hidup selama 12 - 24 jam selepas meninggalkan ovari. Biasanya hanya satu telor dibebaskan setiap kali berlakunya ovulasi. Ovulasi boleh terjejas akibat tekanan, penyakit, atau gangguan kepada rutin harian (seperti berpindah rumah dsb.).
Sperma mampu hidup antara 5 - 7 selepas hubungan intim dalam tubuh wanita dan ia mungkin bagi melakukan hubungan intim sebelum ovulasi dan bukannya semasa ovulasi dan masih mengandung.
Merokok, dadah, minum alkohol, dan pendedahan kepada kimia toksid (contoh racun serangga) kesemuanya boleh mengurangkan peluang kehamilan. Anda mungkin ingin menjauhi perkara tersebut semasa tempoh cuba mengandung. Wanita juga tidak digalakkan mengambil minuman berkafin semasa tempoh cuba dan sedang mengandung

19 March 2010

kuatkan dirimu...

suami sentiasa memberi kekuatan padaku.....
walau dia tahu saat ini isterinya sayu
sayu mgenang keguguran buat kali ke 3
Mungkin ini yang terbaik

Allah SWT takkan menguji jika hamaNya ini tidak mampu...
akan kuteruskan usaha

sob...sob...sodih

huhuhu harapan nk dapat baby tahun nih xjadi kenyataan....
doktor maklumkan baby tak membesar....
doktor suruh tggu turun sendiri sebab rahim dah menebal mnampakkan akan turun darah...

mungkin ini ujian
pasti ada hikmahnya
aku kena kuat huuuhu

14 March 2010

Alhamdulillah..bakal jadi ibu



bersyukur ke hadrat ilahi
doktor maklumkan diriku telah mengandung 6minggu (12/3/2010)
diperingkat awal ku dinasihatkan supaya berhati hati kerana pernah mgalami keguguran sebanyak 2 kali

Ya Allah SWT kau selamatkanlah kandungan ku kalini...

01 March 2010

Mari mengenal Rasulullah

Salaam,

kenalkah kita dengan orang yang sepatutnya kita kasihi melebihi dari anak-pinak, ibubapa dan manusia keseluruhannya? bagaimana kita mengaku yang kita amat mencintai Rasulullah sedangkan wajah dan susuk tubuh baginda pun kita tidak kenal.
Berikut salah satu hadith mengenai karektor Nabi S.A.W, semoga dapat menambahkan rasa kasih dan cinta kita kepada Rasulullah.
Hasan bin Ali r.a. meriwayatkan:

(Bermaksud), "Saya pernah bertanya kepada Bapa Saudara saya Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu, tentang karakter fizikal Rasulullah S.A.W. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat Baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya.

Hindun menjawab, "Tubuh Rasulullah S.A.W besar. Wajah Baginda bersinar seperti bulan purnama. bentuk tubuh baginda lebih tinggi daripada ukuran tubuh orang yang biasa serta lebih rendah dari ukuran tubuh orang yang tinggi (jangkung) dan kurus (kerempeng). kepala Baginda besar dan rambut Baginda ikal. Apabila rambut mula memanjang, maka baginda pun menyisirnya. Jika tidak (disisir), maka rambut baginda akan terurai, tidak pernah melebihi bahagian bawah daun telinga.

Kulit Baginda cerah, putih kemerah-merahan. Dahi Baginda lebar, kening Baginda melengkung dan panjang; kedua keningnya hampir bersatu. Diantara kedua kening tersebut terdapat urat yang memerah ketika baginda marah. baginda memeliki hidung yang mancung dengan bahagian atas yang bercahaya sehingga ada yang tidak memerhatikan dengan cermat akan mengira bahawa hidung Baginda bengkok. Janggut baginda lebat dan kedua pipi baginda datar. Mulut baginda lebar, antara gigi baginda dan yang lain sedikit jarang. Dada baginda berbulu halus. leher baginda jenjang dan indah. bentuk tubuh Baginda bagus dan gemuk ideal. Perut Baginda sama rata dengan dada. Dada Baginda lebar. Tubuh diantara kedua bahu juga lebar. Sendi-sendi tubuh baginda lebar, sementara bahagian tubuh yang tidak berbulu nampak bercahaya. Diantara bahagian atas dada dan pusat Baginda terdapat bulu tipis yang nampak seperti garis. Tetapi kedua bahagian dada dan perut tidak berbulu.

Tangan, pundak, dan dada bahagian atas Baginda berbulu nipis. Tangan Baginda panjang, telapak tangan Baginda lebar, telapak tangan dan telapak kaki tebal, dan jari jemari Baginda panjang. Ditengah-tengah telapak kaki Baginda tidak menyentuh tanah. Kedua tapak kaki Baginda halus sehingga air pun tidak melekat. Air yang mengenainya langsung hilang, tanpa meninggalkan bekas.

ketika berjalan, tubuh Baginda tegap. baginda berjalan tenang dengan langkah yang lebar. Ketika Baginda berjalan seakan-akan baginda sedang menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, Baginda akan menoleh dengan seluruh badan baginda. Baginda sering menundukkan pandangan - Baginda sering memandang kebawah daripada mendongak ke atas. Baginda selalu melihat sesuatu dengan penuh perhatian. Ketika berjalan bersama para sahabat, Baginda selalu membiarkan mereka berjalan didepan, dan setiap kali bertemu seseorang, Baginda akan mengucapkan salam terlebih dahulu.

(Riwayat Tarmidzi, Ibnu Sa'd, Baihaqi dan Ibnu Adi.
Petikan: Kitab Syamail Muhammad S.A.W oleh Imam At-Tarmizi.

07 February 2010

Rasulullah s.a.w Suami Contoh


oleh Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid - Pensyarah di UIAM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) & Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab juga di UIAM. Sedang menyambung pengajian peringkat PHD di Universiti Malaya (UM).

  
Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.

Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan dan kebahagiaan sebuah keluarga.



Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?



Bagi menjawab persoalan ini kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.


Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

  
Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

  

  • Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.

  • Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.

  • Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.

  • Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.

  • Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.

  • Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)



2- Romantik


Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

Tidur bersama isteri dalam satu selimut - Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)

Saling memakaikan wangian - Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)

Mandi bersama isteri - Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Minum menggunakan bekas yang sama - Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)

Membelai isteri - “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)

Mencium isteri - Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)

Berbaring di pangkuan isteri - Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)

Panggilan mesra - Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra - Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)

Memberi hadiah - Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)


3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”


Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

Template by:
Free Blog Templates