30 November 2009

Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat

MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.


Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.

Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.
Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.
Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.
Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.

“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.
Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.
Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”

Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.

Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,
“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”

Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,


“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

*Artikel asal oleh Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro)






Merenunglah dan Bersyukurlah


Sumber : Buku La Tahzan


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)



Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)


Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.



Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.


Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)







Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;


"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."


Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.


"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"


Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;


"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."


Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.



Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

17 November 2009

apa nak jadi...

kehidupan ini  memang kita sukar pahami....lagi kita mencari...lagi banyak yang tidakku megerti... hari demi hari pelbagai masalah akhlak umat islam di Malaysia ini dipaparkan dalam akhbar... dimanakah rasa malu, dimanakah rasa takut pada Allah SWT.....subhanallah kekadang rasa takut menyelubungi diri ini.... apakah nasib kita dihadapan..bagaimanakah anak2 kita...keluarga kita.... Ya Allah Kau lindungilah keluarga hambaMu ini......

pakaian remaja semakin hari semakin ketat dan singkat serta jarang..ikut trend katanya...yang bertudung pun menampakkan dada...sakit saat mata memandang....tak cukup kainkah mereka.... Ya Allah Kau selamatkanlah umat Islam di dunia...sedarkanlah mereka dari kelalaian....

bukankah kecantikan itu untuk suami....mengapa perlu dipamerkan pada khalayak atau kekasih yang belum tentu akan menjadi pasangan kita.....mengapa tiada kesedaran setelah pelbagai bencana alam melanda....



kita tak sedar segala hiburan yang ada melalaikan kita...renungkan brapa lama kita membaca Al-Quran berbanding kita membaca novel?....betapa khusyuk kita menonton wayang berbanding ceramah agama...?baru dengar sikit dah ngantuk... berapa ramai yang pergi forum perdana atau ceramah agama berbanding konsert????sangut bhujan berpanas nak tgok artis....itulah realiti umat sekarang.....

cakap bab agama sure buat xtau tapi cakap bab artis ka..lagu2 ka bukan main lagi ...huh apa nak jadi....

madu bestari telah ditukar ke nama madu mumtaz

madu bestari kini telah dibuat perubahan ke madu mumtaz...packaging yang baru...nanti saya upload gambar terkini... doakan kejayaan saya...

03 November 2009

sian dia...dah kurus hehe

Sebelum puasa....hehe comei...






ni gambar terkini...baru tangkap smalam... dah kurus dah...



inilah perubahan suamiku....makin kurus nampaknya...sian dia....hehe..apopun adik tetap cayang abang tau....

thanks hubby



syukur alhamdulillah aku dikurniakan oleh Allah SWT suami yang amat penyayang seperti mu....
perkahwinan kita sudahpun setahun lebih tapi makin hari sayang mu padaku sentiasa bertambah...
sebagai isteri semestinya aku inginkan punyai cahaya mata..namun mungkin Allah SWT belum mengizinkan...
nasihatmu padaku sewaktu breakfast harini

 " anak itu bukan kita boleh miliki begitu sahaja...cuba pikirkan...seorang anak berusia 8 tahun meminta pada ayahnya RM 200 adakah si ayah nak beri?tentunya si ayah tak bagi...kerana si ayah tahu si anak tak tahu urus duit yg banyak...dan diberi hanya rm10..tapi jika anak tu berusia 14 tahun meminta duit itu untuk membeli buku pasti si ayah beri...kerana si ayah tahu si anak mampu urus duit sebanyak tuh....

begitulah dengan adik...Allah SWT lebih mengetahui kemampuan adik dan apa yang terbaik untuk adik...InsyaAllah sampai masanya adik akan memiliki anak sendiri...anggaplah anak2 abg tu anak sendiri sekurangnya adik tidaklah sunyi.........

terima kasih abang kerana beri adik kebahagiaan..YaAllah syukurku padaMu tidak terhingga...

Template by:
Free Blog Templates