27 February 2009
berapa masa kita luang untuk agama...????
sekarang kita sering sibuk dengan urusan kita seharian...
dalam 24 jam hanya brapa jam kita guna utk beribadat ...???
kerja = 8 pagi hgga 5 petang = 9 jam
tidur = 10 malam hgga 6 pagi = 8 jam
solat= 5 waktu setiap waktu 10 minit =50minit
selebihnya kita uat hal - hal lain...
dalam tak sedar tak sampai sejam pun kita peruntukkan untuk agama... untuk tambah amalan kita....SEDIHNYA AKU.....
YA ALLAH...hal dunia...kesibukan dunia...membuatkan manusia lalai ...dan leka
kita cuba berusaha cari kerja part time...balik kerja lewat malam untuk memenuhi keperluan keluarga...nak bayar duit rumah...duit kereta...anak - anak nak sekolah...isteri pun nak duit untuk barang rumah tapi kita lupa untuk...
tambah masa bagi tambah bekalan di akhirat...KITA TAK ADA MASA UNTUK KE KELAS AGAMA...KITA TAK ADA MASA UNTUK MENJADI IMAM DI RUMAH....KITA TAK ADA MASA MENGAJAR ANAK DAN ISTERI MEMBACA AL-QURAN..KITA TAK ADA MASA UNTUK USRAH...TAK ADA MASA BAGI TAZKIRAH PADA ANAK- ANAK DAN ISTERI...
YA Allah andai keperluan dunia ini melalaikan HambaMu....kau berilah hambaMu ini kekuatan untuk mencari jalan agar dapat sentiasa berjuang ke jalanMu...biarlah hidupku dan matiku dalam memperjuangkan agamaMu Ya Allah... aminnnn
26 February 2009
GAGAL ATAU BERJAYA
manusia yang sentiasa berjaya dalam kehidupannya sukar menerima kegagalan ... sedangkan kegagalan itu merupakan ujian baginya supaya ingat pada Allah SWT dan bersyukur serta merasai apa perasaan orang gagal...
cuba kita muhasabah diri kita...check balik diri...
1) apabila kita BERJAYA dalam sesuatu perkara..adakah kita bersyukur pada Allah SWT atau di hati kecil kita timbul perasaan BANGGA...
2) apabila kita GAGAL atau ditimpa MASALAH sedar tak kita mesti akan cakap "Ya Allah bantulah hambaMu ini...mengapalah hambaMu di uji begini...HambaMu ini tak sanggup menghadapi ujian hidup ini" DAN BERBAGAI KELUHAN LAGI...
3)Kita lupa Allah waktu kita senang n berjaya tapi kita ingat dia waktu kita susah n GAGAL...
BERSYUKURLAH WAHAI SEMUA INSAN ANDAI DIRIMU DIUJI KERANA MELALUI UJIAN KITA SENTIASA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT...
SEDARKAH KITA yang kita sentiasa inginkan KESEMPURNAAN...
siapa yang taknak segalanya sempurna tapi kita perlu ingat juga yang bukan semua orang sempurna...mesti setiap orang ada melakukan kesilapan....
"adakah kamu mengira kamu adalah orang yang beriman sedangkan kamu belum diuji",
25 February 2009
wanita memang mudah terusik dan mengalirkan air mata....air mata mengenang dosa lampau yang melukai hati...adakah dosa lalu terampun...adakah masih ada ruang untuknya bertaubat...kekadang hati wanita mudah terusik dengan tohmahan dan jua ujian menduga...wanita kita selalu dikatakan kaum yang lemah...mudah dipermainkan...tapi kita perlu.......
kuat dalam menghadapi semua ini ....wanita kerana kaulah "tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia"...kau jualah kaum yang tabah mghadapi saat mengandung 9 bulan 10 hari.dan saat melahirkan.kaulah suri hati suami...yang mlayan suami n anak2...
cuba kita fikr semua ni...kita sbnarnya kaum yang sabar dan tabah bukannya lemah...
19 February 2009
YANG KUCARI....
Bagai tersentuh dengan kata - kata di atas, sesungguhnya kata -kata itu umpama diriku....sesungguhnya benar dan nyata ..kita tidak boleh kecewa dan berputus asa dengan apa yang terjadi dalam hidup ini...kita seharusnya berusaha dan sentiasa berdoa agar Allah SWT permudahkan urusan kita...sesungguhnya semua manusia dijadikan berpasang-pasangan ...andai kita ingin mencari pasangan yang baik kita perlulah bermula dari diri sendiri...
bagai mimpi atau realiti...kini kutemui putera agama kucari...walau diriku srikandi yang punya kisah silam yang kelam...yakinlah dengan pertolongan Allah SWT...
sebuah kehidupan....
sucikanlah hati dengan zikir kepada Allah SWT, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
kuatkanlah iman dengan menambah amal ibadat...
sentiasalah bersangka baik dan berbuat kebajikan....
ingatlah asal usul kita...siapa mberi kita kehidupan..sapa yang memberi kita nyawa ...kita mampu bernafas, melihat, berfikir...kita diberi anggota untuk membuat aktiviti mencari rezeki....kita tidak membayar sesen pun untuk semua nikmat yang Allah SWT berikan...tapi mengapa manusia sering lupa...
jika kita renungkan sejenak....
i) andai tiada elektrik kita bergelap...kita perlukan cahaya...kita perlu bayar bil elektrik untuk dapatkan cahaya...TAPI mengapa kita tak sinari hidup kita dengan cahaya keimanan...???
ii) jika bateri handphone low cepat cepat kita cari charger supaya kita dapat menghubungi org tersayang...TAPI bila IMAN low apo kita buat????
iii) jika kita inginkan keselesaan kita akan mencari DUIT untuk membeli rumah ,kereta dsb TAPI adakah kita sedar akal fikiran , anggota badan kita segalanya percuma ALLAH SWT berikan ...apa yang kita beri untuk membalasnya..
iv) jika orang berbuat baik pada kita, kita akan memberi hadiah ,...TAPI apa yang kita hadiahkan pada Allah SWT...
v) kini artis menjadi idola orang ramai...apa yang artis beri???apa teladan yang baik diberi...huh....sepatutnya NABI MUHAMMAD adalah idola...tahukah kita , kenalkah kita pada baginda....
Ya Allah betapa nipisnya iman nih...betapa kerdilnya hambaMu...sedihku tatkala melihat manusia mengejar dunia...meremeh temehkan hukumMu....Ya Allah...
sedarilah manusia...hidup ini hanyalah sementara....tiada guna wang berjuta andai dirimu sentiasa alpa...carilah bekalan untuk akhirat sana...dunia sementara akhirat juga kekal selamanya...
Jangan mudah goyah dan mengambil jalan mudah apabila dirimu diuji...dengan dugaan ...
yakinlah , mohonlah kekuatan daripadaNya....
dariNya kita datang...kepadaNya kita akan kembali....
">
pernahkah kita terfikir...betapa bertuahnya kita
dalam hidup ini sebenarnya kita teramat bertuah...
kita selalu mendengar orang menyatakan kekecewaan terhadap hidup mereka...sedangkan ujian yang datang hanya kecil cuma...
manusia oh manusia
bila sakit baru kamu ingat betapa bagusnya sihat...
bila susah baru nak ingat kamu boros saat senang...
bila kecewa baru ingat indahnya saat bahgia dulu...
bila sedih teringat saat gembira...
wahai manusia...
hidup di dunia ni sementara cuma...
sakit, susah, sedih, terluka, semua kita perlu atasi
kita diberi akal untuk berfikir....
semasa sihat jagalah nikmat yang diberi
semasa senang berjimat cermatlah
andai sedih atau terluka carilah kbahgiaan...
semua ni bersangkut dengan emosi...
oleh itu jagalah emosi anda...dan hati anda...
bersyukurlah dengan nikmat yang diberi...hiduplah secara bersederhana....
11 February 2009
harapanku...
semalam biarlah berlalu...yang penting harini dan yang akan datang...ku ingin lakukan yang terbaik..inilah harapanku.... bersama suami tercinta...mengharungi rintangan bersama..
ingatlah semua...
sesungguhnya kita sebagai manusia selalu alpa...kita sepatutnya menjadikan hari -hari yang mendatang lebih baik dari hari -hari yang kita lalui semalam...banyakkanlah amal ibadat sebelum terlambat....
hargailah apa yang kita sekarang...bersyukurlah
wanita solehah
"isteri cerdik yang solehah penyejuk mata...menawan hati,penenang fikiran di rumah dia isteri...di jalanan kawan...sewaktu kita buntu dia penunjuk jalan......."
ramai wanita menginginkan untuk menjadi wanita yang solehah...tapi hanya mengharap tanpa usaha itu takkan membuahkan apa apa pun hasil...
sebagai wanita atau pun isteri kita sememangnya perlu menghormati dan mentaati suami, memahami kerjaya suami, membantu suami...kaum wanitalah paling mudah masuk syurga...hanya perlu mentaati suami, mengerjakan solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan..tapi adakah anda berjaya melakukan semua itu...???
isteri ataupun suami kedua- duanya saling memerlukan...tiada manusia yang sempurna di dunia ini...oleh itu setiap pasangan sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain...sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan apo yang kita ada...InsyaAllah kita takkan dirundung masalah...
suami & isteri perlu saling berkongsi masalah dan memahami antara satu sama lain...dan setiap pasangan perlulah cuba untuk memberikan yang terbaik..insyaAllah kita akan bahgia....jangan mengharapkan sesuatu tanpa memberikan sesuatu...renung-renungkanlah...
di sini bermula...
tiada ku duga kau sudi mengambilku sebagai suri hatimu....pada 20.08.2008 ku kini telah menjadi milikmu...suamiku
semoga hari - hari yang bakal mendatang dapat kita tempuh bersama...dengan izin Allah SWT akhirnya kita dipertemukan...dulunya ku ingatkan tiada lagi insan yang sudi bersamaku dan membimbingku...teryata aku salah....
doa ku pada Allah SWT telah pun dimakbulkan...ku bersyukur sangat Ya Allah...